<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-352644611850866420', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 
 
Thursday, January 7, 2016

SL1M

Sebenarnya aku dah lama tak menulis perkara-perkara merepek. Tetapi benda ini sangat mengganggu kepala aku sampai aku terpaksa berhenti memandu (dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru) sekejap semata-mata nak menulis. Rasanya macam ada Kurama¹ dalam badan aku. Heh..

Lately, aku terlalu banyak berfikir. Mungkin disebabkan itu rambut aku makin banyak uban. Umpamanya, sedetik perkara yang terpacul akan memutihkan sehelai rambut. Jadi, ceteris paribus², ketika sedang memandu tadi, aku teringat Hamzi.

Kenapa Hamzi? Aku tak tahu. Boleh jadi kerana aku sempat borak-borak dengan dia dua minggu lepas masa pergi majlis kahwin rakan SL1M³ kitorang. Sebut pula pasal SL1M, ini bagi aku adalah satu program Pakcik Najib yang banyak faedah dan sangat membantu. Aku teringat satu benda yang aku cakap kat Hamzi.

"Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa macam dah lama kenal korang, dan boleh rasa rapat walaupun sebenarnya sekejap saja kat SL1M tu."

"Betul, aku pun rasa macam tu sebenarnya." Jawab Hamzi setuju.

Dan kami pun memandang antara satu sama lain. Mata bertentang mata, dan hati pun mula berdegup kencang. Wajah kami mula merapat, dan akhirnya tiada apa yang terjadi kerana kami bukan gay. Gurau okay, gurau.

Sebenarnya masing-masing mendiamkan diri dan angguk tanda setuju. Aku pula terfikir kerenah sewaktu di kelas SL1M dulu. Hamzi, entah dia fikir apa. Mungkin fikirkan Ratna agaknya.

Tetapi rasa terima kasih ini patut aku tujukan pada someone yang jauh di tempat orang. Kalau bukan kerana dia bersungguh suruh aku daftar masuk SL1M ini, taklah aku dapat kerja di syarikat GLC⁴ yang besar.

Iyalah, gaji besar dengan kereta BMW menyambut setiap pagi. Duduk di pejabat sekejap, lepas itu sambung main golf. Okay, ini pun tipu. Drama Melayu sangat, kan?


(Terbitan asal: 24 Disember 2015)

____________________

¹ Kurama adalah watak musang berekor sembilan dalam komik Naruto.
² Ceteris paribus adalah istilah ekonomi yang bermaksud "perkara lain kekal tidak berubah".
³ Skim Latihan 1Malaysia.
⁴ Government-Linked Company.
SEKIAN
12:40 PM
0 KATA HATI
Monday, May 18, 2015

Sesat dan Keliru

Lebih kurang tiga tahun yang lalu, aku reka blog ini. Sejak itu, dah makin jarang aku update atas pelbagai alasan. Banyak perkara dah jadi dalam tempoh ini: setahun yang melukakan; setahun yang main-main; dan mula pula tahun yang mengelirukan.

Crush aku seorang demi seorang kahwin. Aku pula asyik ditanya 'bila' memanjang, yang aku pun dah letih nak jawab. Tetapi, ada seorang lagi crush aku yang masih single, yang mana dia merupakan kawan sekolah cousin aku. Yang ini, dia pun unavailable. Sekarang entah, semua akaun sosial media dia dah padamkan. Damn, tak boleh stalk lagi. Manalah tahu ada peluang, kan?

Ada sebenarnya someone yang rapat dengan aku. Tetapi dengan realiti hidup yang sukar nak lihat, agak payah. Sebenarnya, aku dah jauh tersesat. Maka, banyaklah sebenarnya yang perlu disusun semula. Cuma satu perkara yang aku masih suka adalah menulis. Dan mungkin aku boleh mula semula paling kurang sebulan sekali.
SEKIAN
2:22 PM
1 KATA HATI
Thursday, July 24, 2014

Suatu Iftar Di Kota


Dipantaskan cerita hingga ke tengah-tengahnya (seperti pemain video)..


Engkorang tahu-tahu sajalah kalau menunggu perempuan macam mana, kan? Lama dia bukan main. Pilih sana, pilih sini. Ini tak berkenan, itu pun sama. Last last, yang mula-mula dia ambil itu yang dia pakai.

Bila duduk di dalam kereta, menunggu, banyak benda sebenarnya boleh dibuat. Tapi Adam mula membelek cermin pandang belakang Volkswagen Beetle kuningnya. Dia membayangkan bagaimana wanita berhijab menggayakan shawlnya. Tangannya giat menari-nari di sekitar wajahnya, seakan-akan sedang melilit shawl. Bersungguh, nampak gayanya.

Bam! Pintu kereta Adam dibuka. Menggelabah juga Adam cuba cover perbuatannya tadi.

“Sorry tau awak, lambat. Apa entah bos saya tu, dah nak balik baru nak suruh buat itu ini,” rungut Sarah tanda argumen kenapa dia lambat keluar ofis.

“Eh tak apa, sempat lagi ni nak beriftor kat Mid Valley,” balas Adam.

“By the way, apa awak berangan tadi? Semacam aje?” Tanya Sarah yang rupanya nampak tindak-tanduk Adam sebentar tadi.

“Eh, perasan pulak dia,” Jawabnya ringkas.

Kantoi juga. Sengih kambing sajalah Adam, kerana dia yakin senyuman itulah yang membuatkan Sarah mula-mula tangkap jiwang kat dia. Perasaan dia sendiri, memang kuat berangan.

Beetle kuning mula meninggalkan perkarangan ofis Sarah. Kelihatan beberapa orang bujang desperate yang kecewa melihat sisi pemandu yang tidak tertutup cermin tingkapnya. Ini menandakan bahawa Sarah sudah berpunya.  Adam yang menyedari perlakuan mereka hanya tersenyum sambil mengangkat kening saat berlalu pergi.

“Ah radio ni, dari tadi asyik iklan aje! Bila pasang lagu raya syok sendiri pulak tu, asyik pasang lagu yang diorang sendiri nyanyi. Kalau sedap, tak apa la jugak. Ni yang sepatutnya kena tampar buaya baru betul!” Bebel Adam yang sedari tadi kebosanan melayan radio ketika menunggu Sarah.

Ditekannya mode CD untuk memainkan lagu kesukaannya. Sarah hanya tergelak melihat Adam. Fikir Sarah, lelaki juga boleh tahan kalau tiba part membebel.

“Eh saya suka lagu ni! Lagu ni awak pasang masa mula-mula kita keluar dulu!” Sarah mula teruja apabila mendengar lagu ‘Piknik 72’ oleh Naif yang mula membingit.

“Sebab tu saya selalu stand by lagu-lagu yang saya suka dalam kereta, in case kalau dj radio syok sendiri main lagu dia. Tak sangka pulak awak minat lagu ni sampai sekarang,” balas Adam bangga.

“Mesti la suka, lagu dia sedap. Ada sikit irama 60-an, favorite saya. Tapi kan, saya musykil la dari dulu,” Sarah seakan teringat suatu perkara.

“Apa dia yang awak musykil?” Tanya Adam pula yang mula musykil.

“Kenapa lirik lagu ni ada sikit kisahnya macam dating kita yang pertama dulu?” Sarah bertanya kehairanan.

Mendengar soalan Sarah tadi, Adam terus tertawa kecil. Adam faham benar persoalan di kepala Sarah tersebut. Tidak sangka pula Adam bahawa Sarah akan bertanya juga soalan begitu.

“Of course. Awak nak tahu ke?” Jawabnya ringkas, sambil tersengih.

SEKIAN
2:15 AM
1 KATA HATI
Monday, November 25, 2013

Untitled XXV

Lama sangat dah ini tak menulis. Fahamlah aku betapa sibuknya seseorang itu apabila dah bekerja. Waktu jadi student, masa banyak, duit tak berapa tapi life masih happy. Sekarang, terbalik: duit ada, masa tak banyak dan life sedikit (banyak sebenarnya) berterabur (baca: lonely).

Aku banyak bunuh masa dengan menonton siri TV bila pulang kerja, kadangkala drama Jepun. Kalau balik ke rumah (maksud aku, balik kampung di Johor Bahru), tak ada apa pun aku buat melainkan terperap di rumah, baring-baring sambil belek iPad. Nak ajak kawan-kawan rapat keluar, aku makin malas. Kebanyakannya dah berkeluarga, ada pula yang dah kembali punya buah hati. Jadi, kebiasaannya macam loserlah aku kalau merayau ke bandar.

Tahun 2013 pula bagi aku adalah tahun yang paling aku nak cepat-cepat habis. Kerap betul hujan gerimis singgah bumi, sampai aku rasa tak selesa. Rindu pada yang tiada lagi di bumi apalah lagi, tak tertahan. Sungguh pun begitu, dalam aku terlalu melankolik sepanjang tahun ini, ada juga kebesaran yang Allah tunjukkan secara langsung. Yang ini, lain kali aku cerita.

Aku sebenarnya kembali menggunakan nama 'Khairul' bila berkenalan dengan orang baru. Nama ini adalah panggilan family aku, tak ramai yang guna. Kawan-kawan rapat sendiri panggil nama timangan lain, yang datangnya pun daripada nama 'Khairul' ini. Ha, part ini rahsia. Nama 'Anuar' seperti dah tak berapa aku gemari. Kalau aku 'jadi' Anuar, satu sisi eksentrik akan keluar. Dan apabila aku menjadi Khairul, sisi ini lebih pasif, tenang dan kerap berfikir. Split personality? Taklah, aku tak ada masalah psikologi teruk macam itu sekali. Cuma, nama sememangnya mencerminkan bagaimana seseorang itu secara tak sedar.

Jadi, pada akhirnya aku adalah Khairul: yang sentiasa aku sembunyikan, sisi yang jarang aku tunjukkan. Sisi ini bagi aku ada harapan untuk menjadi seperti Allahyarham saudara Ammar. Cuma aku perlu lebih serius, dan perlu meletakkan titik pada kertas putih yang kosong supaya ia kelak akan menjadi sebuah kisah yang baik. Buat masa sekarang, kertas itu masih lagi 'bersih' dan kosong.


* Jatuh hati pada seorang gadis, Liyana namanya, tapi nampaknya tak berkesempatan nak kenal dia rapat. Benci, selalu situasinya begini.
SEKIAN
8:11 PM
0 KATA HATI
Monday, June 10, 2013

Instagram

Sementara aku ambil masa nak update blog, mari singgah Instagram aku.

ID: luriahk
SEKIAN
1:04 AM
1 KATA HATI


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik