 Aku tahu bahawa rata-rata kau orang yang sign up Blogger menggunakan layout baru. Tak dinafikan bahawa layout baru memang banyak kelebihannya dan dari masa ke semasa, Blogger sentiasa menampilkan sesuatu yang menarik. Tapi, terdapat juga para blogger yang lebih senang menggunakan layout lama macam aku. Bagaimanapun, jika kau orang menggunakan Blogger layout baru, terdapat satu masalah sekiranya mahu meletakkan link para blogger yang menggunakan Blogger layout lama sama ada dalam Blog List mahupun Reading List pada Dashboard. Kau orang boleh melihat contoh masalah yang sering timbul seperti gambar di atas (sila klik untuk “tumbesaran” gambar). Tapi, masalah ini boleh diatasi dengan mengubah suai sedikit link blog bagi Blogger layout lama tersebut seperti di bawah: http://NAMABLOG.blogspot.com/feeds/posts/default Gantikan saja 'nama blog' tersebut dengan nama blog yang kau orang mahukan. Selebihnya, biarkan saja 'feeds', 'posts' dan 'default' seperti itu. Sekian saja untuk tutorial kali ini, maka dengan itu renung-renungkan dan selamat beramal. |
11/22/2009 7:36 AM