<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, November 22, 2009

Exists Yang Tidak Seperti Dulu

Aku membesar dengan muzik Exists yang sebelumnya dikenali dengan nama ‘Exist’ sewaktu Mamat masih belum diterajang keluar lagi. Waktu tu, lagu Untukmu Ibu sangatlah popular dan menusuk kalbu kanak-kanak hingusan macam aku. Aku ingat lagi waktu tu kalau pakcik aku mahu mengajak kitorang bersaudara ni keluar berjalan-jalan, dia mesti menyuruh kitorang menyanyikan lagu tersebut dulu.

Kiranya waktu tu, selain permainan Lego yang menjadi kegilaan, ataupun Tora dengan taglinenya “Tora Datang Lagi!”, band Exists ni turut menjadi satu fenomena. Lagipun waktu tu, Exists ni terdiri daripada remaja belasan tahun juga. Kalau nak dibandingkan dari segi umur, taklah jauh sangat bezanya dengan umur aku.

Tapi secara jujurnya, aku tak berapa menggemari suara Mamat sebenarnya dari awal lagi. Jadinya, pemergian Mamat setelah itu bukannya satu kerugian kepada Exists, malah mendatangkan satu anugerah dengan kemunculan Mohd Rohaizad Mohd Lazim ataupun Ezad. Suara dia ternyata ngam dan menepati muzik yang sedang dibawakan oleh Exists lantas menaikkan nama band tersebut.

Walaupun Exists kerap kehilangan anggota berbakat seperti Shah (join kumpulan Slam) dan kemudiannya Ajai, namun diorang berempat (Ezad, Along, Musa dan Ujang) masih lagi dapat bertahan dengan muzik yang bertenaga. Sebelum band-band Indonesia macam Sheila On 7 dan sewaktu dengannya mula “menjajah” telinga orang kita, Exists telah terlebih dulu membawakan muzik sebegitu dengan suntikan elemen BritPop yang kuat seperti terdapat dalam album Diammu Gunung Berapi, Jangan Gentar, Mutan, Seperti Dulu serta Paragon. Buktinya, album Diammu Gunung Berapi berjaya terjual di Indonesia melepasi angka 600,000 unit dan ni lebih banyak daripada album Siti Nurhaliza sendiri.

Band Exists ni boleh aku anggap sebagai antara band terbaik yang pernah muncul di Malaysia selain Search, Wings, Kembara, May, Lefthanded dan sebagainya. Dengan itu, tak hairanlah banyak review tentang band ni pernah muncul di dalam beberapa majalah dan komik (seperti dalam komik AIE). Malah, Saniboey Ismail sendiri pernah memberikan ulasan terbaik untuk album Seperti Dulu suatu ketika dulu dalam majalah Sentiasa Manja (untuk edisi Malaysia, dah berkubur pun) yang terkenal dengan ulasan-ulasan atau kritikan-kritikan pedas terhadap industri muzik Malaysia.

Tapi tu dulu sewaktu diorang masih lagi bertahan sehingga tinggal berempat sebelum Ezad sendiri turut menarik diri. Kini dengan vokalis baru bernama Joey (kalau tak silaplah), Exists masih lagi terus berkarya. Walaupun begitu, aku kurang yakin dengan vokalis baru ni kerana bagi aku, Exists tanpa Ezad sungguhlah tak lengkap (tapi aku nak tunggu dan lihat dulu macam mana potensi Joey).

Apa-apa pun, aku menganggap bahawa album Seperti Dulu adalah album kemuncak Exists yang boleh disifatkan sebagai hasil kerja terbaik setakat ni (bagi akulah). Ia merupakan satu-satunya album Melayu yang aku beli kaset dan CDnya. Bagi aku, album ni sangat matang dari segi muzik dan susunan liriknya di samping kekuatan yang ada pada vokal Ezad.

Inilah yang sepatutnya ada pada kebanyakan artis Malaysia iaitu bakat dan keberanian, bukan setakat rupa paras yang menawan. Walaupun sebenarnya Malaysia banyak bakat, tapi masalah sebenar terletak pada orang media sendiri. Kalau orang media tak nak cuba mengetengahkan lebih banyak muzik Malaysia yang berkualiti dan pelbagai tu, agaknya 10 tahun atau 20 tahun akan datang pun akan ada komposer yang menghasilkan muzik cengeng dengan alasan, “Kami hanya mengikut selera pendengar saja.”

SEKIAN
6:41 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger chentaMAYA berpendapat bahawa:

lagu exits zaman dlu2 kan~
besh gak layan skali skale~
hee~

11/22/2009 7:53 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

yup, dulu2 tu yg org suka nyanyi karaoke. hehe

11/22/2009 7:56 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik