 Macam celaka, first time aku sungguh teruja melihat pasukan bukan kegemaran aku bermain sebegitu hebat. Gol sehingga 9-1 kalau dalam game (terutamanya FIFA10) bolehlah dibuat, tapi kalau betul-betul punya match, mungkin umpamanya seperti Brazil menentang Ethiopia. Niko Kranjcar ni sepatutnya Harry Redknapp letakkan sebagai regular player, bukannya mengikut sistem penggiliran. Untuk skuad England, aku rasa Pak Capello ni lebih baik meletakkan Jermain Defoe sebagai partner Rooney. Ni bukan kerana performance dia pada malam ni saja, tapi keseluruhannya setakat ni dia lebih konsisten berbanding Emile Heskey. Seperti biasa, England masih memerlukan Steven Gerrard dan Frank Lampard nampaknya serta David Beckham juga kelihatannya akan mungkin tersenarai dalam skuad England akan datang. Apa-apa pun, Chelsea kegilaan aku masih lagi di atas. Dengan Joe Cole mula memainkan peranan pentingnya semula, Michael Essien seperti biasa sungguh berbisa walaupun diam-diam di bawah membantu bahagian pertahanan. Wak Carlo ni tak payahlah sampai menjenguk ke Bayern Munich sana, beli saja Niko Kranjcar tu dan jual pula Florent Malouda (takkan nak jadikan Chelsea pasukan Perancis kedua kot?). |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.