 Cuma ada satu sebab saja kenapa aku terus membeli novel ringan bertajuk ‘Pentas Realiti: Aspirasi Seni’ ni tanpa memikirkan masa depan iaitu Fakhrul Anour. Well, dulu-dulu semasa remaja sewaktu zaman aku rajin mengumpul komik Gempak, terdapat beberapa orang kartunis atau illustrator yang aku gemari termasuk beliau ni seperti Ageha, Kaoru, Apoh, Zint dan sebagainya. Walaupun sekarang ni aku dah kurang mengumpul komik, tapi aku masih lagi mencintai (saja letak word gempak) seni lukisan meskipun aku dah hilang bakat melukis ni long time ago. Honestly, aku jangkakan bahawa ia adalah sebuah komik sebenarnya seperti hasil kerja beliau sebelum ni yang bertajuk Hanya tapi rupanya lebih kepada novel ringan. Tapi, tak kisahlah selagi ada lakaran atau ilustrasi dalam novel ringan ni. Apa yang penting, aku sangat suka melihat ilustrasi beliau yang penuh dengan feeling ni. 
Kalau nak komen dari segi cerita yang terdapat dalam novel ringan ni, ia sebenarnya lebih kepada himpunan cerita-cerita pendek beliau (lebih pendek daripada cerpen kot?). Aku sebenarnya tergelak apabila membaca beberapa buah kisah tersebut kerana ianya mengingatkan aku kepada karya yang pernah aku buat yang pernah tersiar dalam buku Coretan Cinta Feel100% suatu ketika dulu. Jangan salah faham pula, bukannya aku bermaksud ada apa-apa hasil ciplak, cuma terdapat beberapa buah cerita yang jalan ceritanya berlatar belakangkan zaman sekolah atau universiti di mana ianya mempunyai sedikit persamaan dengan apa yang pernah aku buat dulu. Agaknyalah, beliau ni pun mengarang kisah-kisah tersebut waktu dia muda-muda dulu kot (no hard feelings, statement ni cuma gurauan saja). Tapi kisah-kisah yang dipaparkan agak menarik sehinggakan kawan aku yang bosan-bosan malam tadi sewaktu kitorang melepak di restoran mamak pun (ya, memang aku bawa buku ni sekali) sungguh tertarik apabila membacanya. Bukan senang apa nak tengok orang lelaki membaca kisah-kisah cinta, betul? Apa-apa pun, aku sebenarnya sangat berharap si Fakhrul Anour ni dapat menghasilkan komik penuh bersiri seperti komik Feel100% karya Lau Wan Kit tu. Setelah komik Aku Dan Sesuatu karya Aie “mati”, juga tamatnya kisah Kartini karya Tembakau, aku tak berapa meminati yang lain-lain (untuk genre yang sewaktu dengannya). Aku pun tak tahu nak kata apa sebenarnya, sama ada memang something wrong dengan industri komik Malaysia atau aku sendiri dah malas nak ambil tahu tentangnya. |
11/08/2010 12:33 PM