<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, January 7, 2016

SL1M

Sebenarnya aku dah lama tak menulis perkara-perkara merepek. Tetapi benda ini sangat mengganggu kepala aku sampai aku terpaksa berhenti memandu (dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru) sekejap semata-mata nak menulis. Rasanya macam ada Kurama¹ dalam badan aku. Heh..

Lately, aku terlalu banyak berfikir. Mungkin disebabkan itu rambut aku makin banyak uban. Umpamanya, sedetik perkara yang terpacul akan memutihkan sehelai rambut. Jadi, ceteris paribus², ketika sedang memandu tadi, aku teringat Hamzi.

Kenapa Hamzi? Aku tak tahu. Boleh jadi kerana aku sempat borak-borak dengan dia dua minggu lepas masa pergi majlis kahwin rakan SL1M³ kitorang. Sebut pula pasal SL1M, ini bagi aku adalah satu program Pakcik Najib yang banyak faedah dan sangat membantu. Aku teringat satu benda yang aku cakap kat Hamzi.

"Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa macam dah lama kenal korang, dan boleh rasa rapat walaupun sebenarnya sekejap saja kat SL1M tu."

"Betul, aku pun rasa macam tu sebenarnya." Jawab Hamzi setuju.

Dan kami pun memandang antara satu sama lain. Mata bertentang mata, dan hati pun mula berdegup kencang. Wajah kami mula merapat, dan akhirnya tiada apa yang terjadi kerana kami bukan gay. Gurau okay, gurau.

Sebenarnya masing-masing mendiamkan diri dan angguk tanda setuju. Aku pula terfikir kerenah sewaktu di kelas SL1M dulu. Hamzi, entah dia fikir apa. Mungkin fikirkan Ratna agaknya.

Tetapi rasa terima kasih ini patut aku tujukan pada someone yang jauh di tempat orang. Kalau bukan kerana dia bersungguh suruh aku daftar masuk SL1M ini, taklah aku dapat kerja di syarikat GLC⁴ yang besar.

Iyalah, gaji besar dengan kereta BMW menyambut setiap pagi. Duduk di pejabat sekejap, lepas itu sambung main golf. Okay, ini pun tipu. Drama Melayu sangat, kan?


(Terbitan asal: 24 Disember 2015)

____________________

¹ Kurama adalah watak musang berekor sembilan dalam komik Naruto.
² Ceteris paribus adalah istilah ekonomi yang bermaksud "perkara lain kekal tidak berubah".
³ Skim Latihan 1Malaysia.
⁴ Government-Linked Company.
SEKIAN
12:40 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik