<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, November 25, 2013

Untitled XXV

Lama sangat dah ini tak menulis. Fahamlah aku betapa sibuknya seseorang itu apabila dah bekerja. Waktu jadi student, masa banyak, duit tak berapa tapi life masih happy. Sekarang, terbalik: duit ada, masa tak banyak dan life sedikit (banyak sebenarnya) berterabur (baca: lonely).

Aku banyak bunuh masa dengan menonton siri TV bila pulang kerja, kadangkala drama Jepun. Kalau balik ke rumah (maksud aku, balik kampung di Johor Bahru), tak ada apa pun aku buat melainkan terperap di rumah, baring-baring sambil belek iPad. Nak ajak kawan-kawan rapat keluar, aku makin malas. Kebanyakannya dah berkeluarga, ada pula yang dah kembali punya buah hati. Jadi, kebiasaannya macam loserlah aku kalau merayau ke bandar.

Tahun 2013 pula bagi aku adalah tahun yang paling aku nak cepat-cepat habis. Kerap betul hujan gerimis singgah bumi, sampai aku rasa tak selesa. Rindu pada yang tiada lagi di bumi apalah lagi, tak tertahan. Sungguh pun begitu, dalam aku terlalu melankolik sepanjang tahun ini, ada juga kebesaran yang Allah tunjukkan secara langsung. Yang ini, lain kali aku cerita.

Aku sebenarnya kembali menggunakan nama 'Khairul' bila berkenalan dengan orang baru. Nama ini adalah panggilan family aku, tak ramai yang guna. Kawan-kawan rapat sendiri panggil nama timangan lain, yang datangnya pun daripada nama 'Khairul' ini. Ha, part ini rahsia. Nama 'Anuar' seperti dah tak berapa aku gemari. Kalau aku 'jadi' Anuar, satu sisi eksentrik akan keluar. Dan apabila aku menjadi Khairul, sisi ini lebih pasif, tenang dan kerap berfikir. Split personality? Taklah, aku tak ada masalah psikologi teruk macam itu sekali. Cuma, nama sememangnya mencerminkan bagaimana seseorang itu secara tak sedar.

Jadi, pada akhirnya aku adalah Khairul: yang sentiasa aku sembunyikan, sisi yang jarang aku tunjukkan. Sisi ini bagi aku ada harapan untuk menjadi seperti Allahyarham saudara Ammar. Cuma aku perlu lebih serius, dan perlu meletakkan titik pada kertas putih yang kosong supaya ia kelak akan menjadi sebuah kisah yang baik. Buat masa sekarang, kertas itu masih lagi 'bersih' dan kosong.


* Jatuh hati pada seorang gadis, Liyana namanya, tapi nampaknya tak berkesempatan nak kenal dia rapat. Benci, selalu situasinya begini.
SEKIAN
8:11 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik