Lebih kurang tiga tahun yang lalu, aku reka blog ini. Sejak itu, dah makin jarang aku update atas pelbagai alasan. Banyak perkara dah jadi dalam tempoh ini: setahun yang melukakan; setahun yang main-main; dan mula pula tahun yang mengelirukan.
Crush aku seorang demi seorang kahwin. Aku pula asyik ditanya 'bila' memanjang, yang aku pun dah letih nak jawab. Tetapi, ada seorang lagi crush aku yang masih single, yang mana dia merupakan kawan sekolah cousin aku. Yang ini, dia pun unavailable. Sekarang entah, semua akaun sosial media dia dah padamkan. Damn, tak boleh stalk lagi. Manalah tahu ada peluang, kan?
Ada sebenarnya someone yang rapat dengan aku. Tetapi dengan realiti hidup yang sukar nak lihat, agak payah. Sebenarnya, aku dah jauh tersesat. Maka, banyaklah sebenarnya yang perlu disusun semula. Cuma satu perkara yang aku masih suka adalah menulis. Dan mungkin aku boleh mula semula paling kurang sebulan sekali.
|
5/18/2015 9:46 PM