<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, June 29, 2011

Challenge Accepted #1

Kamu tahu, semakin banyak aku menonton siri How I Met Your Mother, semakin banyak aku menyedari persamaan aku dengan Ted Mosby. Kecuali bidang yang diambil (dia berkaitan arkitek, aku pula ekonomi), yang lain boleh dikatakan hampir sama. Dalam masa yang sama aku mahu tahu siapa isteri Ted, dalam masa yang sama juga aku berharap siri ini akan lambat habis.

Seperti Ted, setiap gadis yang aku temui (yang aku minati), aku akan terfikir: “She’s the one”. Tetapi setiap kali itu juga, gadis itu bukan. Sebab, seperti yang aku jelaskan dalam pos sebelumnya, gadis ini sama ada dah tidak available atau out of my league.

Jadi, kalau Barney Stinson boleh menerima cabaran yang entah apa-apa (biasanya untuk pick up perempuan) maka aku pun mahu mencontohinya. Challenge accepted, aku akan mencari ‘future wife’ yang terbaik untuk ‘future Anuar’ selewat-lewatnya sebelum berumur 30 tahun. Mana boleh selama-lamanya solo, aku pun mahu duet dan seterusnya berkumpulan juga.

Then, bercakap pasal challenge ini lagi, aku dah membuat satu resolve untuk belajar bermain gitar secara serius dan sempurna. Kalau boleh, aku mahu separuh mahir pun jadilah asalkan sebelum umur aku menjadi 30. Bukannya apa, aku teringin sangat nak menyanyi secara akustik lagu-lagu ciptaan John Lennon seperti Imagine, Mother, Across The Universe dan lain-lain.

Kalau bukan John Lennon pun, banyak lagi karya yang aku mahu nyanyikan umpamanya seperti Paul McCartney, Alex Turner, Albert Hammond, Jr., Oasis dan sebagainya. Lepas itu, kalau rasa-rasa suara aku itu boleh tahan, boleh letak dekat YouTube. Hah, part letak dekat YouTube itu aku tipu saja (oh please, aku bukan gila glamour).

Well, kalau nak bercerita pasal challenge ini banyak sebenarnya. Macam wish list pun ada, cuma ia bukanlah seperti wish list yang lebih kepada kebendaan dan perlu dibeli. Jadi pada akhirnya, ada baiknya kalau aku buat satu persatu, cumanya lagi, aku tidak tahu nak bermula dari mana dulu.

SEKIAN
7:27 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

1. aku menyokong 100 % usaha kau untuk belajar main gitar. teruskan!

2. letak kat youtube pastu jadi bieber. LOL!

7/01/2011 11:26 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

tak nak la, menangis John Lennon dalam kubur kalau aku nyanyi macam Bieber.. haha

7/01/2011 3:36 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik