<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, June 28, 2011

Makes Me Think #2

Kamu tahu, muzik sangat membantu seseorang dalam banyak perkara lebih-lebih lagi jika ia disokong oleh visual (macam video muzik). Muzik ini bagi aku subjektif definisinya, dan aku boleh katakan bahawa azan juga tergolong sebagai muzik atau jika tidak pun, mungkin bunyi-bunyian. Apa yang penting, azan adalah semerdu-merdu bunyian yang pernah aku dengar.

Selalunya muzik ini mempengaruhi manusia dalam banyak hal. Ia bergantung kepada bagaimana mood seseorang ketika mendengar sesuatu muzik itu. Aku boleh sahaja menangis (pernah pun) apabila mendengar azan sewaktu dalam perjalanan pulang ke Bangi di dalam kereta, kerana suasana senja ketika itu ditambah pula alunan azan yang merdu membuatkan aku sebak.

Then, jika kamu dalam keadaan normal yang bermaksud mood yang cool, emosi kamu mungkin boleh ‘terganggu’ buat sementara apabila terdengar sesebuah lagu. Ia boleh menjadi sesuatu yang mellow, membuatkan kamu mahu headbanging, membuatkan kamu teringat seseorang atau apa sahaja yang lain. Pendek kata, ia boleh membantu atau boleh juga mengganggu.

Aku nak ambil satu contoh mudah. Ketika pos ini ditulis, aku sedang mendengar lagu Across The Universe yang dinyanyikan semula oleh Rufus Wainwright. Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh The Beatles tetapi disebabkan melodinya yang ‘mengganggu’ fikiran aku itu, maka here aku menulis.

Okay, abaikan part Hinduism dalam lirik lagu tersebut, dan ambil selebihnya. See, ia still ‘mengganggu’ fikiran aku. Jika kamu masih tidak faham, apa yang aku maksudkan adalah ia memberikan suatu bentuk inspirasi untuk aku menulis.

Di sinilah hebatnya John Lennon dalam memukau para pendengar. Dia bijak menggunakan kata-kata dan melodi yang indah untuk mempengaruhi manusia. Jika dia masih hidup lagi, mungkin muzik crap seperti Justin Bieber tidak wujud di muka bumi.

Walaupun tiada visual untuk membantu pendengar merasai sesebuah lagu itu, namun jika melodinya indah aku masih boleh membayangkannya. Macam ini, jika kamu dalam perjalanan yang jauh dan berseorangan memandu kereta, muzik dapat membantu menghilangkan rasa bosan. Jadi di sini apabila kamu mendengar sesebuah lagu, kamu boleh membayangkan sendiri visualnya mengikut mood dan things yang kamu sedang fikirkan ketika itu.

Dalam pada itu, minat kamu terhadap muzik akan berubah mengikut perubahan umur kamu. Jika waktu remaja dulu aku gemar melayan muzik pop, tetapi kini aku lebih gemar melayan sesuatu yang indie atau alternatif atau yang jarang didengari oleh kebanyakan orang. Jika dulu aku tidak mengerti kenapa muzik oldies seperti The Beatles itu hebat, kini aku dah memahaminya.

Jadi di sini, apa yang aku mahu katakan adalah muzik sesungguhnya mendatangkan inspirasi kepada manusia. Kuncinya di sini adalah kamu perlu mencari lagu yang sesuai dan tepat untuk memberikan inspirasi atau motivasi kepada kamu. Dan sekarang ini, karya Lennon tersebut sungguh memberikan suatu bentuk inspirasi kepada aku untuk menulis dan share sesuatu kepada kamu.

SEKIAN
11:52 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

Muzik juga membantu seseorang itu untuk mempelajari bahasa asing, kamu tahu.

Contoh kalau ko belajar bahasa Peranchis, bila kita overdose dengan lagu Peranchis, iacboleh membantu kita mempelajari perkataan baru, lebih-lebih lagu kalau ada jumpa liriknya.

Anyway, azan dekat masjid-masjid Bangi memang terbaik. Masjid/surau kat sni semua hidup. Bangi bandar Islam.

6/29/2011 12:06 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ya aku belajar English dengan Jepun pun daripada lagu jugak.

sayu kan dengar azan kalau kita betul2 hayatinya..

6/29/2011 12:39 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik