<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, June 27, 2011

Siri TV Baru: Suits

Kamu tahu, kerjaya sebagai peguam atau pendakwa raya sebenarnya sangat hot dan cool. Sebab apa, sebab mereka selalu memakai suit ketika bekerja. Apa yang lebih penting lagi, bidang kerja mereka itu memerlukan komitmen yang tinggi.

Adalah dulu waktu sekolah rendah aku pernah mengisi ruangan cita-cita dekat buku rekod pelajar dengan kerjaya peguam. Tetapi sampai sekarang, tidak pernah langsung aku terfikir nak menjadi seorang peguam. Selain suasana kepeguaman di Malaysia yang tidak semenarik situasi di Barat dan Jepun, faktor ‘menanggung dosa di akhirat’ itu yang membuatkan aku tidak berminat untuk menjadi seorang peguam.

Bagaimanapun aku suka melihat life seorang peguam. Disebabkan itu, aku sangat tertarik dengan drama-drama berkenaan law ini. Contohnya dulu aku suka drama Jepun yang bertajuk Hero (dan lain-lain yang aku tidak ingat), dan kalau Amerika punya siri aku suka Law & Order, Ally McBeal, Ed dan yang terbaru Suits (minggu lepas tayangan pertamanya).

Dalam siri Suits ini, Mike Ross (lakonan Patrick J. Adams) dengan tidak disangka-sangka diupah untuk menjadi peguam. Dia sebenarnya dipanggil secara tidak sengaja sewaktu proses interview untuk mencari associate baru kepada Harvey Specter (lakonan Gabriel Macht). Ketika itu pula, Mike hanya mahu menyelamatkan dirinya daripada polis yang mengejarnya lalu bersetuju untuk ditemu duga Harvey.

Tetapi sebenarnya, Mike ini memang seorang yang pintar dalam ilmu pengetahuan walaupun dia tidak sempat menghabiskan zaman kolejnya. Ini kerana dia mempunyai memori yang kuat, atau istilahnya eidetic memory yang membolehkannya mengingati sesuatu perkara dengan singkat. Kelebihan ini dan personaliti yang menarik telah membuatkan dia diupah meskipun Harvey tahu bahawa Mike tidak mempunyai sijil daripada Harvard Law School (HLS).

Dalam episod pertama, Mike sendiri mengakui bahawa dia memang bercita-cita mahu menjadi peguam. Bagaimanapun disebabkan dia telah dipergunakan oleh rakan kolejnya (kes penipuan) dulu, dia telah ditendang kolej. Disebabkan itu, dia mempunyai kerja yang tidak tetap sehinggalah takdir menemukannya dengan Harvey.

Sebenarnya siri ini mirip kepada filem Good Will Hunting lakonan Matt Damon, Robin Williams dan Ben Affleck. Ia menceritakan bagaimana seorang yang genius tetapi tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya atau sempurna mampu ‘mendiamkan’ pelajar-pelajar universiti tersohor. Kebanyakan pelajar-pelajar ini merasakan bahawa level mereka sangat tinggi tetapi keangkuhan mereka itu tetap dapat ditundukkan oleh lelaki genius tersebut.

Kedua-dua cerita ini, pada aku, mahu menunjukkan kepada kita bahawa ilmu yang kita ada belum tentu mencukupi. Jika kita merasakan kita ini dah cukup pandai, sebenarnya ada lagi yang lebih pandai daripada kita. Justeru itu, ia mengajar kita supaya tidak bongkak dengan apa yang kita ada kerana pasti suatu hari nanti kita benar-benar akan ‘diajar’ sekiranya bersifat sedemikian.

Jadi jika kamu mahukan satu siri baru tentang law yang tidak berat macam Law & Order, aku recommend sangat Suits ini untuk kamu. Ia sangat menyeronokkan untuk ditonton dan memberikan sesuatu yang segar bagi genre law ini. Akhir sekali, apa yang penting adalah kita dapat mengetahui selok-belok dunia kepeguaman yang mungkin boleh membantu kita pada masa akan datang.

SEKIAN
11:06 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

kerja aku kadang-kadang pakai suits jugak. anyway, aku pernah follow kejap Law & Order. Lepas tu entah ke mana.. haha

6/28/2011 9:09 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

tapi macam mana sekalipun, aku benci subjek Law. hehe

6/29/2011 12:30 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik