<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, June 26, 2011

Makes Me Think #1

Kamu tahu, kalau aku suka sesuatu, aku akan kumpul atau simpan ia. Katakan aku suka Arctic Monkeys dan Eisley, maka aku akan mainkan lagu-lagu mereka sepanjang masa sampai aku bosan. Tentu sekali, aku akan kumpul segala stuff mereka dan jika ada duit lebih, aku akan terus membeli segala yang original seperti CD, t-shirt atau mug whatsoever.

Ini sama juga kesnya kalau aku meminati sesebuah siri TV. Macam siri How I Met Your Mother (HIMYM) ini, aku tidak tahu dah berapa banyak kali aku ulang tontonnya. Apabila ada masa-masa aku bosan, walaupun ada cerita lain boleh ditonton, aku sebaliknya memilih untuk menonton HIMYM.

Sebab apa, sebab ianya sungguh kelakar dan tentu sekali menghilangkan kebosanan serta ‘kesunyian’ aku. Sebab lainnya, aku suka jalan cerita dan setiap karakter yang ada. Aku boleh katakan, ianya sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan aku terutamanya watak Ted Mosby.

Jika kamu lihat Ted, dia ini boleh dikatakan seorang yang agak sensitif tetapi open-minded. Dia juga gemar membaca, menyebabkan dia suka mengeluarkan fakta. Dalam masa yang sama, dia juga gemar membetulkan kawan-kawannya jika berlaku kesilapan, lebih-lebih lagi yang membabitkan fakta.

Jika bercerita bab love life dia pula, dia boleh dikatakan seorang yang agak memilih. Memilih di sini bermaksud, wanita yang mahu dijadikan wife dia perlulah mempunyai beberapa kriteria. Apa yang bagusnya, Ted adalah seorang yang setia di mana dia akan menutup matanya terhadap wanita lain jika dia dah in a relationship.

Deskripsi di atas sebenarnya sedikit sama dengan diri aku sendiri (atau mungkin sama keseluruhannya?). Dalam masa yang sama aku seperti Ted, aku sebenarnya sangat kagum dengan watak Barney Stinson yang memang awesome, nakal, dan kelakar. Barney juga sangat berjaya dalam kerjaya, dan yang paling penting tahu ‘mengayat’ perempuan.

Well, aku tidak mahu pun menjadi seperti Barney 100% yang kaki perempuan (macam aku kata tadi, aku seperti Ted). Apa yang aku mahu pelajari adalah pick-up lines dia. Contoh yang paling aku suka adalah sewaktu dia mengayat seorang gadis dalam musim pertama HIMYM episod 21 seperti di bawah.

But most importantly, HIMYM banyak menerapkan falsafah hidup menerusi setiap karakternya. Segala masalah biasa manusia dapat kita lihat, dan segala resolves juga ditunjukkan dengan baik sehingga membuatkan aku juga terfikir akannya. Apa yang menariknya lagi, jalinan persahabatan di antara kesemua karakter menyebabkan aku sedikit cemburu kerana sehingga sekarang, aku tidak mempunyai kawan karib seperti Marshall Eriksen dan Barney Stinson (kawan baik ramai tetapi ia berbeza dengan kawan karib).

Lagipun rancangan begini sangat sesuai dengan jiwa dan umur aku sekarang. Ia agak matang, jujur dan penuh dengan falsafah hidup seperti yang aku katakan tadi walaupun ia mungkin nampak ringan serta sedikit kotor (lawak kotor). Tetapi whatever man, aku bukannya remaja lagi nak addict dekat something seperti Selena Gomez whatsoever atau reality TV yang crap macam My Super Sweet 16 di MTV itu.

Jadi apa yang aku perlukan sekarang adalah something yang boleh menambahkan kematangan aku dan membuatkan aku berfikir, macam siri HIMYM ini. Pada aku, siri ini sangat meriah dan membuatkan penonton seperti dapat merasai situasi yang berlaku dalam setiap episod. Dalam masa yang sama aku mahu menjadi sedikit seperti Barney, aku juga mahukan hubungan seperti Marshall dengan isterinya Lily Aldrin, tetapi dalam masa yang sama lagi aku masih lagi selesa dengan kehidupan seperti Ted.

Kesimpulannya di sini, manusia memerlukan inspirasi untuk hidup. Inspirasi ini pula boleh datang melalui pelbagai bentuk, analogi, metafora dan sebagainya, di mana HIMYM adalah antara beribu, mungkin berjuta atau berbilion inspirasi yang datang kepada aku dalam bentuk hiburan. True story.

SEKIAN
10:15 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

Kalau ada production house kita nak buat series ala-ala HIMYM, tak macam kelakar pulak kan kalau title dia "Macam Mana Ayah Jumpa Mak".

6/26/2011 10:53 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

haha aku rasa elok Bagaimana Kami Bertemu..

6/26/2011 10:54 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik