<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, June 30, 2011

John Lennon

Kamu tahu, musician/lyricist/songwriter yang bagus berupaya menyampaikan apa yang terkandung dalam fikirannya. Karya-karya yang dicipta bagaikan mampu menyerap jauh ke dalam minda pendengar. Disebabkan itu, aku sangat mengagumi John Lennon.

Antara banyak karya John Lennon, aku kerap memainkan Imagine, Mother, Across The Universe dan All You Need Is Love. Lagu-lagu tersebut sangat memukau telinga aku sehingga dapat mempengaruhi minda aku. Ini disebabkan lagu-lagu tersebut kuat dari segi susunan muzik dan lirik.

Imagine dilihat kebanyakan pengkritik sebagai lagu Lennon yang paling dikenali di dunia dan dikatakan juga karya terbaiknya. Jika kamu mendengar lagu tersebut pun, memang ada kebenarannya sekiranya kamu memahami apa yang cuba disampaikan Lennon menerusi liriknya yang berkaitan keamanan. Maka tidak menghairankanlah apabila lagu ini yang dinyanyikan dalam siri Glee telah berjaya menyentuh hati para penontonnya, lebih-lebih lagi melihatkan ianya sangat bersesuaian dengan babak ketika itu.

Mother bagi aku sangat mendalam maksudnya. Ia menceritakan tentang kesedihan Lennon meratapi kehilangan ibunya yang meninggal dunia, dan bapanya yang meninggalkannya sewaktu kecil. Entah kenapa, setiap kali aku mendengar lagu ini, aku juga seolah-olah dapat merasai kesedihan Lennon dan lantas itu turut berasa sebak mungkin kerana rasa simpati terhadapnya.

Across The Universe pula lebih merupakan satu lagu yang memberikan inspirasi dalam hidup. Inspirasi itu bukannya datang daripada unsur-unsur Hinduism dalam lagu tersebut, tetapi lebih kepada lirik yang terkandung secara keseluruhannya. Ini turut dibantu oleh melodinya yang mellow dan menenangkan tersebut.

All You Need Is Love seperti tajuknya dah cukup memberi gambaran bagaimana hala tuju lagu ini. Namun begitu, maksud lagu ini lebih luas lagi di mana ia tidak tertumpu terhadap satu-satu subjek semata-mata. Mendengar lagu ini membuatkan aku optimis, bermotivasi dan membolehkan aku tersenyum kembali ketika sesuatu yang merunsingkan berlaku.

Kesimpulannya, bakat yang ada pada Lennon ini sangat mengagumkan. Apa yang sayangnya adalah dia tidak hidup pada zaman aku, iaitu sekarang. Tetapi apa sekalipun, memadai bagi aku mendengar karya-karya hebatnya yang terus-menerus memberikan inspirasi.

SEKIAN
11:51 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik