<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, June 15, 2011

Apabila Lelaki Bercerita Bab Hati

Kamu tahu, lelaki banyak juga runsing dalam bab-bab yang ada kaitan dengan hati ini. Orang Putih memanggilnya love, orang Hindustan pula memanggilnya pyaar, orang Cina dan Jepun dengan ai, dan sebagainyalah. Dalam kamus Melayu, ianya adalah cinta ya wahai kamu-kamu sekalian.

Jadi katakan kalau kamu masih single, biasanya kawan-kawan kamu yang ‘concern’ akan bertanya kenapa kamu masih lagi solo, bukannya duo atau berkumpulan. Untuk ‘mengukuhkan’ hujah, diorang memberikan point yang kaum Hawa lebih ramai berbanding kaum Adam sekarang. Then, bagi diorang itu sepatutnya tidak menjadi masalah.

Alright now, cuba beritahu aku berapa kerat perempuan yang kamu jumpa masih lagi single? Then kalau ada yang single dan kamu masih tidak berminat, nanti diorang akan kata lagi kamu terlalu cerewet serta memilih. Kepala hotak dioranglah, dah tentulah kena memilih sedikit sebab kita nak hidup dengan pasangan kita sampai akhir hayat, bukannya hari ini pakai esok dah boleh buang.

Diorang pun, masa mula-mula bercinta, bukankah diorang juga menggunakan konsep ‘aku datang, aku lihat, aku tawan’? Maknanya di sini, ia juga adalah satu proses memilih, menapis dan ‘mengawan’ (menguratlah maksud aku). Point aku di sini, adalah perkara biasa bagi manusia untuk memilih dalam sesuatu perkara.

Lagipun, bab kahwin ini bukan boleh dibuat sebarangan atau main-main. Kalau perasaan kamu terhadap pasangan kamu hanyalah 50-50, itu yang mudahnya berlaku cerai-berai ini. Dosa pun boleh beranak-pinak disebabkan hati kamu tidak ikhlas.

Cerita lainnya pula, bagaimana kalau kamu dah berjumpa dengan perempuan yang kamu minati? Biasanya dalam situasi aku, ada dua perkara atau masalah yang timbul. Pertama, orang itu dah mempunyai boyfriend, dan yang kedua dia boleh dikatakan out of your league.

Situasi pertama itu, aku tidak perlu cerita panjang kerana aku bukan jenis lelaki yang suka ‘cucuk-cucuk’ atau merampas buah hati orang lain. Apa yang biasanya lelaki macam aku runsing adalah situasi kedua. Runsingnya kerana dia di hadapan kamu, tetapi kamu tidak dapat melakukan sesuatu.

Tidak dapat melakukan sesuatu di sini maksudnya kamu tidak dapat mengubah status friendship kepada well you know, cinta. Ya, orang selalu suggest supaya kamu confess sahaja perasaan kamu itu, tetapi sebenarnya ia bukanlah perkara mudah. Dalam situasi begini, peribahasa yang sesuai digunakan adalah: ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Melainkan jika kamu mempunyai sesuatu yang orang kata charming, atau faktor penarik, situasi di atas mungkin tidak terjadi. Orang selalu kata bahawa keberanian itu penting, tetapi bagi aku ia perlu kena pada tempatnya. Jika kamu silap bertindak, baik-baik friendship kamu okay nanti akan bertukar pula menjadi sesuatu yang awkward.

Apa sekalipun, aku tidak begitu risau tentang hal ini kerana aku masih optimis. Kuncinya di sini, apa yang paling penting sebenarnya adalah diri sendiri kan? Kamu perlu bertanya pada diri sendiri adakah kamu betul-betul dah bersedia nak memberikan komitmen.

Jika jawapannya ya, maka situasi yang aku ceritakan di atas boleh diatasi. Orang kata ‘mahu seribu daya, tidak mahu seribu alasan’. Apa yang di atas itu hanya sekadar situasi biasa yang lelaki single hadapi, yang maknanya di sini, lelaki juga menghadapi masalah tersendiri seperti mana perempuan dalam bab-bab hati ini.

SEKIAN
7:28 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger Unknown berpendapat bahawa:

yes situasi 2 tu ak pon selalu hdapi.huhu
best la bce entry ni!!! thumbs up bro

6/20/2011 11:41 AM

 

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

kedua-dua situasi yang kau sebutkan itu benar. keyword yang paling penting ialah: GAMBLE. Finding the right one is like playing jackpot, I guess. You never know if you dont try.

6/20/2011 3:10 PM

 

Blogger sHarpEx berpendapat bahawa:

2nd situation tu memang betul pun.
out of league. tapi its worth to try. move on like Ted Mosby, kalau dia reject. but, we never know, after a year, if dia still single, kau try lagi. mungkin hati dia dah berubah? i don't ever believe this friends zone bullshit.

6/27/2011 4:52 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

nak cari peluang tu yang payah, kalau kita lambat kena kebas. cepat sangat pulak, takut kena reject..

6/27/2011 4:55 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik