<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, June 21, 2011

Lelaki Juga Menangis

Kamu tahu, lelaki juga sering menangis. Lelaki yang tidak menangis, bukan manusia namanya itu. Manusia yang normal akan menangis, full stop.

Aku sekarang gemar update sesuatu dekat Twitter berbanding Facebook. Sebab apa, sebab aku boleh update setiap masa dan di mana sahaja. Lagipun semua orang yang terlibat dengan Twitter begitu (kalau Facebook, orang akan meluat kalau setiap masa kamu update status).

Apa kaitan Twitter dengan pos aku kali ini? Ada sebenarnya, kerana dekat Twitter, ada beberapa kenalan perempuan yang bertanya bila masanya lelaki menangis dan sebab apa menangis. Ini kerana perempuan, seperti juga lelaki, tidak akan 100% memahami jantina lawannya.

Alright, disebabkan perempuan ini sifatnya comel, aku beritahulah kamu semua yang comel ini (maksud aku, kaum Hawa) bila masa dan sebab apa lelaki menangis. Ini pun disebabkan perempuan kadangkalanya runsing dan tidak mengerti tentang lelaki lantas perkataan ‘ego’ itu selalu dijadikan point utama untuk ‘menyerang’ lelaki.

Ya, aku akui bahawa ‘ego’ dengan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi sebenarnya ego ini ada pada semua orang, tidak mengenal jantina. Cuma yang membezakannya adalah berapa besar darjah ego seseorang itu.

Okay mari sambung cerita. Aku akan beritahu bila masa dan apa sebab lelaki ini menangis. Tetapi harus diingat bahawa ini bukanlah 100% betul, kerana aku hanya mengikut pengalaman diri sendiri dan lelaki-lelaki yang berada di sekeliling aku (umpamanya keluarga dan kawan-kawan).

____________________


Bila Masa dan Sebab Apa Lelaki Menangis?


Secara umumnya, lelaki menangis ketika berlakunya kematian tidak kiralah anggota keluarga mahupun sahabat atau kenalan. Ini boleh dikatakan waktu di mana kamu dapat melihat lelaki menangis uncensored’. Senang cerita, jika ada apa-apa yang melibatkan kematian (contohnya bencana), lelaki mudah menangis ketika ini.

Selain itu, ada juga ketikanya lelaki menangis apabila ada sesuatu yang menggembirakan berlaku. Contohnya apabila anak-anak berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Contoh lain, kamu fikirlah sendiri ya.

Dalam pada itu, kebanyakan masa lelaki menangis ketika tiada orang melihat. Maksudnya di sini, jika ada sesuatu yang mengusik hati lelaki, maka kami akan menangis juga cuma ketika tiada orang sedang memerhatikan. Dalam kata lain, secara diam-diam.

Apabila lelaki runsing atau hilang arah, kebarangkalian untuk kami menangis adalah tinggi. Ini boleh dikaitkan dengan masalah yang muncul, dan juga berkaitan dengan sesuatu yang hilang. Sesuatu yang hilang itu sukar untuk aku jelaskan di sini, tetapi pada dasarnya ia adalah apa yang membuatkan lelaki itu kuat umpamanya semangat atau motivasi.

Ada juga ketikanya lelaki menangis disebabkan terharu atau tersentuh hati dengan sesuatu perkara. Ia boleh menjadi sesuatu yang menyayat hati, atau sesuatu yang you know, menimbulkan inspirasi. Contohnya di sini, sesuatu yang berkaitan dengan kekeluargaan, persahabatan, kemanusiaan, bencana, peperangan dan cinta (ya cinta, kamu tidak silap melihat).

Pendek kata, apa-apa yang berkaitan dengan emosi lelaki adalah disebabkan oleh perasaan cinta dan kasih sayang yang terdapat pada diri setiap manusia secara normalnya. Aku sendiri pernah menangis ketika menonton drama Jepun yang memaparkan tema kekeluargaan. Aku akui di sini bahawa drama-drama Jepun sangat hebat bermain dengan emosi manusia.

Jadi secara kesimpulannya di sini, ingin aku tekankan kepada kamu wahai Hawa bahawa kami Adam juga menangis. Namun kebarangkalian untuk kamu melihat kami menangis mungkinlah tidak kerap. Kerana apa, kerana kami ini perlu kuat dari segi emosi supaya kami dapat memimpin kamu.

Jangan risau, kami juga manusia biasa yang menangis. Cuma kami tidak boleh terlalu lemah dengan asyik menangis setiap masa kerana ia akan membuatkan kami sukar move forward, bak kata orang Putih. Untuk itu, emosi kami perlulah stabil supaya kamu boleh memandang kami dengan perasaan yang selesa dan yang penting sekali, selamat.

____________________


Menangislah bila harus menangis
Kerana kita semua manusia
Manusia bisa terluka, manusia pasti menangis
Dan manusia pun bisa mengambil hikmah
{ Dewa 19: Air Mata }

SEKIAN
2:54 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

hanya menangis ketika potong bawang.

6/21/2011 11:27 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

tu la, lain kali pakai cermin mata. LOL

6/21/2011 7:53 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik