Adapun jauhnya jiwaku meragam;
membayang-bayang sakura di Tokyo
berserta mentari di balik awan putih
yang pantas menyelimuti jasad.
Tidak pernah pula aku serik
apatah lagi mahu disanggah
lalu hilang entah ke mana
sampai suatu masa nanti
bila mana aku sedar
bila mana aku perlu
pantas akan kupanggil.
Kemudian katalah apa sahaja
yang kau mahukan
maka ketahuilah bahawa aku
sentiasa ada Dia yang setia
membuatkan jiwa ini lebih besar. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.