Salam Februari! Masuk bulan ini, dah enam tahun blog ini aku buka. Banyak sebenarnya cerita aku nak tulis, cuma setiap kali nak menaip, mood boleh hilang pula.
Kali ini dah alang-alang aku log in, terasa pula nak menulis. Oh ya, dah lapan tahun arwah ayah pergi pada tanggal 28 Januari. Aku tak suka bulan Januari semenjak tarikh itu.
Aku tak tahulah kalau masih ada yang baca blog ini, tapi lepas ini aku akan cuba update sekerap yang mungkin. Topik-topik lepas ini mungkin banyak pasal muzik, filem dan sedikit kisah hidup aku. Yalah, dah nama pun Blog Orang Sebelah (BOS), jadi mestilah cerita pasal orang sebelah korang yang namanya Khairul ini.
Jadi, kepada kamu-kamu yang banyak mententeramkan kekalutan hati aku, sangat terima kasih untuk kamu semua. Kamu tahu siapa kamu. Akhir sekali, kalau korang ada apa-apa mahu tanya, silalah ya dan nanti aku boleh buat jadi entry baru untuk persoalan yang muncul.
|
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.