Aku rasa, kadang-kadang aku macam ada superpower. Aku boleh rasa something tak sedap akan berlaku pada aku. Ini namanya intuisi. Segala yang baik datang daripada Allah. Dan nampaknya, kekurangan yang ada pada aku, masih sukar untuk aku kikis. Tetapi tak mengapa, selagi Allah pinjamkan nyawa yang ada dalam tubuh aku ini, aku takkan menyerah. Target aku dalam lima tahun ini, aku nak kerja sekeras mungkin dan travel ke luar negara. Aku teringin sangat nak tengok negara orang, budaya orang dan belajar sesuatu daripada mereka. Bukannya Malaysia tak cukup rasa, cuma teringin yang lain bangsa. Semalam bila aku nak kemas bilik mak, rasa sayu dan sedih pun ada. Baju-baju arwah ayah, dan barangan lainnya masih disimpan kemas oleh mak. Sayang benar mak dekat arwah ayah. Yalah, isteri mana yang tak sayang atau cintakan suaminya. Kalau boleh, isteri macam inilah yang aku juga mahu cari. Mungkinlah, satu hari nanti. Bercakap mengenai superpower ini lagi, aku ini memang degil sebenarnya. Walaupun aku tahu sesuatu yang tak sedap mungkin akan berlaku, tetapi aku masih semahu-mahunya berfikir yang positif. Tetapi akhirnya, ketentuan Allah siapalah yang mampu melawan. Apa-apa pun, aku harus berpegang dan yakin pada Allah. Kalau kita sangka baik pada Allah, insya-Allah dipermudahkan urusan di dunia. Dan aku harap, roda aku akan kembali di atas secepat mungkin kerana aku punya banyak perkara yang ingin dijelaskan sebelum aku mati yang aku tak tahu bila. |
1/22/2013 9:35 PM