    Kesimpulannya, aku dan dua orang kawan aku menjenguk event Twitter ini. Aku jarang-jarang nak pergi events macam ini disebabkan masalah kesesakan. Tetapi, disebabkan aku nak jumpa dua orang kawan wanita yang kiut seperti di atas, Ynaa dan Aien, maka aku pun pergilah. Entah dah berapa lama aku kenal diorang (zaman Friendster atau MySpace) aku pun tak ingat, tetapi hanya baru-baru ini akhirnya aku dapat jumpa. Sebelum ini, ada juga merancang nak hangout dengan diorang, tetapi masa tak mengizinkan. Lagipun, diorang masing-masing adalah buah hati orang, jadi seganlah aku nak ajak diorang keluar. Sebenarnya dah kira lambat juga aku pergi, dalam pukul 4 lebih baru sampai. Tetapi yang menariknya, waktu petang barulah Perdana Menteri 1Malaysia kita turut serta, ditemani oleh Pak Nil. Aku tak sempat nak ambil gambar dua figura ini kerana terlalu ramai photographers berdekatan. Then, yang aku kesal adalah tak dapat join tournament futsal. Aku rasa dengan team yang aku ada sekarang, boleh lagilah kalau nak 'fight fight'. Apa-apa pun, aku dah kira happy sebab dapat juga akhirnya jumpa gadis dua orang ini.
|
6/12/2012 10:46 PM