 Sempena Euro 2012, pasukan pilihan aku kali ini adalah Jerman dan Sepanyol. Selain itu, aku melihat Perancis dan Belanda sebagai pilihan untuk mara sehingga ke separuh akhir. Namun, pasukan underdog jangan dipandang rendah. Setidak-tidaknya, pemain-pemain bola sepak yang kacak berjaya menarik kaum Hawa untuk turut serta menontonnya. Jadi, bertambah-tambah meriahlah kedai-kedai mamak. Aku macam biasa berpusat di Restoran Fariz Maju, Seksyen 15 Bangi. Sebagai selingan, aku saja buat apa yang orang panggil sebagai troll. Benda-benda macam ini memang menarik bila ia kena dengan sesuatu yang logik dan akhirnya menjadi kelakar. Well pada akhirnya, selamanya Harimau Malaya! |
6/15/2012 8:50 AM