                   Dah lama aku simpan gambar-gambar di atas. Alasan utama aku lama tak update, sebenarnya kerana aku memang malas. Maka, lama jugalah aku ambil masa nak update.
Secara jujurnya, ini kali pertama aku mendaki Bukit Broga. Entah, setelah hampir tujuh tahun aku hidup di Bangi, baru-baru ini saja aku berkesempatan mendakinya. Mujur, ada dua orang makhluk Tuhan paling seksi tersebut yang rajin buat benda-benda macam ini. Maaf juga sebab kualiti gambar kurang baik. Aku pula terlebih edit gambar sampai warna jadi terlalu 'gila'. Well, gambar original masih ada, tetapi aku malas nak letak yang itu kerana resolusi atau saiz terlalu besar.
|
6/12/2012 10:50 PM