<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, June 12, 2012

Brioche Di Fontaineblea: III

UDARA pagi ini sangat menyegarkan. Suara burung yang banyak tidak terkira itu kedengaran sangat nyaring. Himpunan bunyi-bunyian burung-burung tersebut apabila dihayati kedengarannya seperti sebuah orkestra. Ini bersesuaian sekali dengan reputasi Perancis yang terkenal dengan pemuzik-pemuzik handal. Di jalanan, aku melihat sepasang suami isteri warga emas duduk di bangku panjang berpimpinan tangan. Sesekali itu, terdengar gelak tawa kedua-dua mereka. Dari gaya mereka berbual, pasti sekali imbauan kenangan-kenangan lalu mencuit perasaan, apatah lagi musim luruh di Fontainebleau ini sangat indah.

“Abang, jangan lupa pula roti brioche itu. Tanpa roti itu, hidup ini dirasakan tidak sempurna,” ujar Hawa sambil tergelak.

“Amboi. Habis itu, abang ini letaknya di mana?” balasku pula.

“Abang mestilah tiada tolok bandingnya. Tanpa abang di sisi, tiada rasalah brioche itu nanti,” gurau Hawa lagi.

Aku tersenyum sahaja melihat gelagat isteriku, Hawa. Lima tahun setelah menamatkan pengajian di Perancis, aku menikahi Hawa. Segala pahit manis aku di sini dikongsi bersama Hawa yang kini seorang doktor perubatan. Setelah dua bulan berkahwin, inilah masanya aku dapat berbulan madu bersama Hawa. Dalam tempoh itu, aku dan Hawa tidak dapat lari daripada tugasan kerja. Tetapi, setelah cuti aku dan Hawa diluluskan, pantas sahaja aku menempah tiket ke Fontainebleau, Perancis, tempat kami mula-mula bertemu. Apa yang menariknya, brioche inilah yang dahulunya menjadi perantara di antara aku dan Hawa.

Ketika aku sibuk memerhatikan sekelilingku, aku melihat bayangan yang mula meredam. Seketika kemudian, aku dapati bahawa tiada sesiapapun di sekelilingku ini. Aku mula panik, berlari ke hulu dan ke hilir mencari Hawa. Namun usahaku gagal kerana bukan sahaja Hawa, malah orang lain yang tadinya ada di sekelilingku juga turut menghilangkan diri. Aku tidak mengerti apa-apa lagi. Aku sudah penat berlari, lalu aku tidak sedarkan diri.

Saat aku kira aku baru sahaja terlelap, aku dikejutkan dengan bunyian lenung. Aku lihat ada bayangan di sebalik pokok berhadapan tempat aku terlelap. Sekujur tubuh melambai-lambai ke arahku, cuba memberitahu sesuatu kepadaku. Aku tidak membuang banyak masa lantas aku mengejarnya. Namun setiap kali aku pergi ke arahnya, semakin jauh pula tubuh itu daripada pandanganku. Aku tidak berputus asa, dan dengan sepenuh tenaga yang aku ada, aku mengejarnya. Aku fikir, aku sudah cuba mengejarnya berulang-ulang kali tetapi tetap tidak berhasil mendekatinya.

Dalam kekalutan ini, aku hanya mampu berdoa agar Allah melindungi Hawa. Itu sahaja yang termampu aku lakukan dalam keadaanku yang begini. Serentak itu, kedengaran sayup-sayup suara yang memanggil namaku. Suara itu makin jelas bunyinya. Apa yang mengejutkan aku, suara itu datang dari tempat di mana tubuh tersebut berada. Semakin lama semakin jelas, dan aku yakin bahawa suara itu adalah kepunyaan Hawa. Aku memandang ke arah tubuh itu dan semakin lama, semakin jelas wajahnya. Tubuh itu rupa-rupanya adalah Hawa.

“Adam, tolonglah bangun dan kembalilah kepadaku!”

Dari jauh, suara Hawa menggegarkan gegendang telingaku. Kenapa Hawa menjerit begitu, tidaklah aku fahami. Aku memandangnya dalam keadaan yang pelik. Setelah sebelumnya berulang-ulang kali aku mengejar, akhirnya dapat juga merapati tubuh yang wajahnya persis Hawa ini.

“Kenapa lari dari abang? Nasib baik brioche ini tidak hancur. Dan kenapa hanya kita berdua sahaja di sini, wahai Hawa? Mana orang lain?” Tanyaku yang dalam kebingungan.

“Aku bukan Hawa, wahai Adam. Isterimu ada di sana,” jawab wanita ini sambil menunjukkan ke suatu arah.

Aku hanya melihat cahaya yang begitu menyilaukan mata di situ. Di mana Hawa, tidak pula kelihatan. Aku menjadi bertambah bingung. Aku tidak faham dengan apa yang berlaku. Di hadapanku berdiri seorang wanita yang mirip dengan Hawa, tetapi dari kesungguhan kata-katanya itu, benarlah dia bukan isteriku. Seingat aku lagi, Hawa tidak memakai pakaian putih seperti wanita ini. Dalam kebingungan ini, aku terfikir tentang bermacam-macam bentuk kemungkinan yang sedang berlaku.

“Ini sekadar ilusi, bukan?” Tanyaku lagi.

Wanita ini tidak menjawab soalanku tadi. Aku tidak berpuas hati. Persoalan-persoalan di kotak fikiranku harus dihapuskan. Setelah itu, barulah kegelisahan di hatiku dapat dihilangkan.

“Jadi, jujurlah padaku. Apakah aku sudah mati?” Soalku semula.

Wanita ini hanya tersenyum lalu menjawab, “Jika Allah mengkehendaki kamu ini mati, maka matilah kamu dan sebaliknya. Sekarang, beransurlah kamu ke arah cahaya itu. Segala jawapan ada di situ.”

SEKIAN
8:42 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik