Sering kali keluh terucap, sedang ramai yang tidak punya apa-apa namun tidak putus-putus berharap. Apa sudah lupakah akan ucapan 'Alhamdulillah'? Manusia memang sering lupa.
Dunia. Sering sahaja ia mengadili manusia tanpa sebab, penuh prejudis. Maka, ramailah manusia menangis. Ada benarnya, dunia semakin gila. Jika dunia mahukan aku menjadi seorang idola, maka itu yang akan aku kejar. Tetapi, memadai sahajalah kehendak ibunda dan ayahanda yang mahu aku menjadi anak yang soleh. Cinta, bunyinya indah. Yang dikejar tidak kesampaian, yang mengejar tidak pula putus berlari. Dunia hanya mampu mentertawakan sahaja. Adalah merunsingkan melihat dunia yang sentiasa terumbang-ambing. Namun, tak pula aku peduli jika ada walau seorang pun yang mampu menemani dan mengimbangiku. Cuma, yang ditakdirkan itu belum memperlihatkan dirinya lagi. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.