<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, February 26, 2012

Untitled XVIII

Waktu aku berusia 25 tahun yang lalu, aku pernah terbaca pos seorang blogger yang menceritakan tentang perasaannya ketika dia berusia 27 tahun. Sekarang pula, aku sendiri mengalami suatu transformasi apabila mencapai umur ini. Sebenarnya, ia lebih kepada pemikiran aku.

Ianya lebih kurang begini. Apabila aku 25, aku merasakan bahawa aku masih muda dan boleh main-main lagi. Tetapi kini, aku perlu memilih sama ada mahu kekal berada dalam lingkungan 25 atau berganjak dalam pemikiran 30.

Dalam hal ini, aku lebih cenderung untuk berganjak ke dalam pemikiran 30 di mana tanggungjawab menjadi satu keutamaan kepada aku. Namun dalam masa yang sama, aku tak nak menghapuskan sisi hidup 25 aku yang masih wujud. Bukannya apa, kalau hidup terlalu serius, ia akan menjadi membosankan dan rigid.

Akhir-akhir ini aku selalu terfikir macam mana kalau aku bercinta dan berkahwin dengan perempuan yang jarak umurnya jauh lebih muda daripada aku. Apa perlu pemikiran dan perilaku aku berada dalam lingkungan umur dia, atau aku menarik dia ke dalam lingkungan umur aku? Tak faham?

Macam ini: bercinta dengan orang lebih muda ini banyak cabarannya. Orang-orang muda ini, mereka lebih suka bermanja-manja dan dibelai (dalam hal ini, mungkin perempuan lebih ke arah itu). Jadi, kalau lelaki umurnya yang 'tua' macam aku ini bergelagat seperti anak-anak muda remaja, orang akan kata 'buang tabiat tak sedar diri'.

Jadi, bagaimana aku melayan seseorang perempuan itu haruslah kena pada situasi dan umurnya agar aku tak dipandang sebagai miang atau gatal. Perempuan ini adalah satu makhluk yang mudah salah faham terhadap lelaki. Apabila kita berbuat baik atau melayan mereka dengan mesra, ini boleh dianggap sebagai tindakan mengurat atau menggatal dengan mereka.

Padahal dalam kes aku, biasanya aku hanya mahu melayan seseorang perempuan itu sebaik, selembut atau sesopan yang mungkin. Kalau betul pun aku meminati seseorang perempuan itu atas apa yang orang panggil sebagai cinta, aku takkan menyembunyikannya, malah aku akan cuba meluahkannya. Ini kes yang terjadi pada aku bulan lepas yang dipendekkan cerita, tentu sekali aku tak berjaya menawan gadis itu.

Walaupun aku seorang yang optimis, tetapi aku masih lagi bersifat realistik. Adalah membuang masa mengejar sesuatu yang memang bukan untuk kita. Tetapi, ini bukan bermakna aku orang yang mudah putus asa, jauh panggang dari api.

Untuk apa aku bersedih lama-lama ketika aku sendiri tak tahu berapa lama aku hidup? Lainlah kalau kita tahu kita memang akan hidup 100 tahun lamanya, maka bolehlah kita guna 10 tahun, sebagai contoh, mengejar sesuatu yang kita suka sampai dapat. Jadi dalam hal ini, adalah lebih baik bermuhasabah diri serta yakin akan kebesaran dan ketentuan-Nya.

Lalu, apabila aku kembali kepada lingkungan 30 ini, aku seperti boleh mengawal diri dengan lebih baik. Aku boleh lebih fokus terhadap perkara-perkara yang penting (walaupun tak semua) dan ini suatu kepuasan yang aku tak ada ketika aku 25 dulu. Jadi satu persoalan aku, apakah aku dah benar-benar matang?

SEKIAN
1:36 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik