<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, February 25, 2012

Untitled XVII

Adalah normal bagi lelaki mencari perempuan yang cantik untuk dijadikan isteri. Ini lumrah sebenarnya dan aku percaya perempuan juga begitu walaupun ramai yang 'menafikannya'. Kerana apa aku kata begitu, kerana menyukai kecantikan adalah lumrah manusia yang diciptakan oleh Allah sendiri yang menyukai kecantikan.

Jika pencipta manusia sendiri suka akan kecantikan, maka siapa kita untuk menafikan lumrah sedia ada manusia? Tetapi kecantikan ini seperti yang aku katakan sebelum ini adalah berbeza di antara setiap mata. Apa yang lebih penting, perbezaan yang wujud di antara lelaki dan perempuan itulah punca kita tertarik antara satu sama lain.

Secara kasarnya, aku pinjam semula kata-kata kawan aku sewaktu sekolah dulu: Apa yang ada pada perempuan yang tak ada pada lelaki itu buat kita suka pada mereka, contohnya buah dada. Jadi, konteks cinta songsang sesama jantina ini, bagi aku, macam mana sekalipun alasan mereka adalah tidak masuk akal dan karut. Aku tak perlu menarik kalam Allah dan sabda Rasulullah untuk menjelaskannya lebih lanjut kerana mengikut akal logik sendiri, ia sememangnya adalah pelik.

Bagi aku, orang sebegini adalah lemah kerana mereka secara psikologinya tak berjaya menguasai diri mereka sendiri, apatah lagi melihat pegangan agama mereka. Part agama aku tak nak sentuh kerana mereka sendiri memandang sinis dan enteng kepadanya. Jadi, kalau kita nak berdebat dengan mereka, adalah lebih baik menggunakan pendekatan logik dan psikologi.

Tetapi aku bukan pakar dalam bab ini. Cuma, aku merasakan bahawa bagaimana mereka berdegil pun, pasti terdetik dalam hati mereka untuk berubah. Maka di sinilah pentingnya insan yang betul berada pada tempat dan masa yang betul untuk membantu mereka.

Jadi, isu hubungan sejenis aku tutup sampai sini setakat ini. Secara tersiratnya, perempuan juga menyukai kecantikan. Maka adalah tak adil menuduh lelaki sebagai 'hanya memilih yang cantik saja'.

Cantik bagi aku banyak tempat letaknya pada seseorang perempuan. Cantik bagi aku adalah perempuan yang humble apabila dia boleh dikatakan memiliki segala-galanya. Misalnya luarannya, agamanya dan sikapnya.

Ia adalah begini: Walaupun dia cantik, dia tak memilih kawan. Walaupun dia berharta, dia tak menunjuk-nunjuk dan tak pula memandang sepi orang yang tak sepertinya. Apa yang penting, dia mempunyai sifat independent yang tinggi saat menjalani hidupnya dalam lingkaran agama yang baik.

Perkara ini aku lihat sukar dilihat. Apa yang aku nampak, ramai perempuan sekarang suka menunjuk-nunjuk dengan apa yang dia ada. Lebih menjengkelkan, ada yang perasan diri mereka bagus sangat atau apa yang kami, lelaki gelarkan 'bajet hot'.

Lalu, untuk tak mengusutkan kepala aku, biasanya aku suka berpegang kepada nasihat pakcik aku. Katanya, kita hidup biar merendah diri dan jika perlu untuk berbuat-buat bodoh itu lebih baik berbanding menunjuk pandai pada saat kita sebenarnya tak begitu. Jadi, aku suka menguji seseorang dengan apa yang aku buat.

Contohnya, apabila aku berinteraksi dengan seorang perempuan, aku akan membuat lawak bodoh untuk melihat reaksinya. Dari sini, aku boleh melihat apa persepsinya. Bukan itu saja, aku boleh mempelbagaikan cara aku menguji bergantung kepada keadaan untuk mengetahui personalitinya.

Ada banyak lagi yang aku nak pecahkan rahsia. Tetapi, lebih banyak kita menyimpan rahsia sendiri, lebih sukar orang lain menguasai kita. Maka, ada masa lain akan aku cerita lagi, tetapi untuk part yang penting saja.

SEKIAN
5:01 PM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

good points.

2/25/2012 7:10 PM

 

Blogger yatty ismail berpendapat bahawa:

'bajet hot'? huhh. :)

2/26/2012 12:59 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: sekadar pandangan peribadi.

@yatty ismail: ya, yang kita bincangkan kelmarin. :)

2/26/2012 1:33 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik