<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, February 23, 2012

Di Sebalik Masa

Sebenarnya ada banyak cerita yang aku nak cerita. Tetapi, memandangkan kesibukan akhir-akhir ini mengalahkan wanita nombor satu negara iaitu Bik Mama, maka aku pun naik malas nak update blog. Tetapi lagi, bila difikirkan semula, aku buat blog ini disebabkan aku nak share sesuatu yang mana pada masa-masa akan datang, aku boleh rujuk semula pos-pos lama aku untuk dijadikan inspirasi.

Aku pun tak tahu nak mula dari mana. Jadi, apa kata aku mula dengan cerita praktikal aku? Ya, aku sedang buat praktikal di sebuah badan berkanun.

Jadi memang secara jujurnya, aku lebih suka waktu belajar kerana ia tak banyak pressure. Aku memang belum pernah bekerja sebelum ini secara serius, seperti bekerja di ofis. Jadi, perasaannya adalah janggal dan tak selesa pada mulanya.

Tetapi ini hal kecil sebenarnya. Apa yang buat aku sedikit kuat adalah masa hadapan yang tak menentu. Ya, sekali lagi hal ehwal 'orang-orang kahwin' datang mengetuk kepala otak aku.

Manakan tidak, kedua-dua orang adik aku dah bertunang dan ahli keluarga lain asyik tanya bila turn aku pula. Mak aku pula baru-baru ini memberikan aku masa selama dua tahun untuk mencari calon. Masalahnya, kalau ada pun calon, dia terpaksalah menunggu aku selama tempoh itu juga kerana aku masih belum punya apa-apa untuk bagi dia atau jaga dia.

Kalau nak cerita part calon itu banyak sebenarnya. Ada yang jauh sangat nak dicapai, ada yang sukar ditarik perhatiannya dan ada juga sebenarnya yang dekat tetapi aku tak perasan selama ini. Contohnya macam classmate lama aku sewaktu alam sekolah rendah dulu.

Part ini nanti-nantilah aku cerita. Dia pun ada masalah dia tersendiri dan aku yang jauh ini berharap dapatlah membantu dia sedikit demi sedikit. Siapa tahu kalau dia jodoh aku.

Cerita lain pula, blog ini dah masuk lima tahun usianya semenjak kali pertama aku buka dulu. Namun masuk yang ini, aku baru ada 382 pos. Masih banyak yang perlu aku belajar sebenarnya.

Angka lima (5) ini sebenarnya sangat aku suka. Ia bermula dengan nombor jersi yang dipakai oleh idola bola sepak aku, Zinedine Zidane. Kemudian, aku menyukainya kerana angka 5 ini menyerupai huruf 'S' yang merupakan nama bagi orang-orang yang aku paling sayangi iaitu arwah ayah, arwah datuk dan mak aku sendiri.

Selain itu, aku secara tak sengaja juga mendapati bahawa kedua-dua tarikh lahir aku sama ada mengikut kalendar Gregorian atau Islam apabila dicampurkan dan dijadikan satu angka akan menjadi 5. Maknanya, 26/10/1985 ini apabila ditambah kesemuanya akan akhirnya menjadi 5. Ini sama juga dengan tarikh lahir aku dalam kalendar Islam.

Keunikan ini yang menjadikan aku suka dengan nombor 5. Lagipun, Allah sendiri suka nombor-nombor yang ganjil. Tak begitu?

Akhir kata, aku ingat aku nak pos cerpen aku dekat sini. Cerpen itu merupakan tugasan aku untuk kelas semester lalu. Di sini aku berterima kasih kepada Dr. Mawar yang menilainya dan memberikan aku gred A untuk subjeknya walaupun pada mula aku mengambilnya, aku kurang yakin dengan kemampuan aku.

SEKIAN
5:16 PM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Blogger Raz berpendapat bahawa:

selamat bekerja @ praktikal dan selamat mencari jodoh. hehehehe

2/24/2012 4:28 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@RazFiRa: terima kasih, rajin awak komen sini. saya akan cuba selalu update, dan komen entry awak juga. :)

2/24/2012 7:35 PM

 

Blogger yatty ismail berpendapat bahawa:

semoga dapat jodoh cepat2 yer :)

2/24/2012 11:15 PM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

patutlah jarang nmpk virtually. Goodluck for everything khairul anuar =)

2/25/2012 1:31 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@yatty ismail: amin. awak juga :)

@Syamira Ismail: thank you. kamu juga. :)

2/25/2012 5:56 PM

 

Blogger Raz berpendapat bahawa:

hahaha ok :)

2/29/2012 2:53 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik