<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, January 10, 2012

If Not Now, When?

Aku nak pecah rahsia. Sepanjang 27 tahun aku hidup, ada tiga orang gadis saja yang betul-betul buat kepala otak aku tak keruan (setakat inilah). Maksudnya di sini, ketiga-tiga mereka ini mempunyai sesuatu yang istimewa yang membuatkan jantung aku tiba-tiba mengepam dengan sungguh laju (lahanat punya jantung).

Daripada tiga orang ini, satu dah gugur (meninggal dunia) dan tinggal lagi dua. Dalam dua orang ini pula, satu masih lagi rapat dengan aku dan yang satu lagi itu, aku jarang berkomunikasi dengannya sebenarnya. Aku rasa sebabnya, aku tak berapa suka nak kacau girlfriend orang.

Yang rapat dengan aku ini pula, NA, well aku pun tak sure macam mana dia ini sekarang (nampak gaya macam dah ada someone). Waktu aku luah dulu, penerimaan dia okay. Problemnya adalah aku sendiri yang tak ready waktu itu, maka hubungan aku dengan dia sampai sekarang sekadar ‘teman tapi mesra’.

Then, muncul NI yang membuatkan aku rasa serba salah. Damn, aku rasa hati aku dah terbelah dua di antara NA dengan NI. Tetapi mujur NI ini memang dah secara hakikatnya girlfriend orang, jadi aku tak mengharap sangat.

Kelmarin pula, aku buat satu langkah yang diri biasa aku takkan buat. Aku minta tolong kawan NI supaya beritahu pada NI tentang feeling aku. Sebenarnya bukan aku saja yang boleh agak ending dia macam mana, bahkan kalau Razak Mohaideen nak buat filem tentangnya pun, endingnya orang dah boleh agak-agak (klise sangat).

Ada orang mungkin akan marah pada aku, “Kenapa girlfriend orang juga yang kau nak?”. Ada juga lahanat yang makin menggalakkan, “Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, inikan pula pasangan baru bercinta”. Tetapi langkah aku kelmarin sekadar nak mengambil peluang yang ada.

Tak faham? Sebenarnya, satu-satu perkara yang aku dapat belajar daripada filem dan drama adalah apa yang dinamakan sebagai peluang atau kesempatan. Ringkasnya begini: kita hidup tak lama, dan tak boleh menjangka bila nyawa kita akan diambil, maka ada baiknya dengan sedikit masa yang ada itu kita buat apa yang termampu.

Apa korang tak pelik ke tengok banyak filem yang suka buat cerita tentang mesin masa? Sebenarnya falsafahnya mudah. Kita biasa hidup dengan banyak penyesalan, jadi kalaulah ada mesin masa yang boleh kembali ke masa lalu, pasti kita akan pergi dan cuba mengubahnya.

Jadi di sini, apa yang aku maksudkan dengan peluang dan kesempatan di atas adalah aku cuma mahu mengatakan apa yang ada dalam hati. Aku tak naklah rasa menyesal di masa hadapan akibat ego yang tinggi ini. Pokok pangkalnya, NI nak terima atau tak, itu bukan masalah.

Kalau NI akhirnya terima, itu satu bonus. Kalau tiada kesan pada NI seperti mana realitinya, then aku boleh terus move on (ini kelebihan lelaki berbanding perempuan kot). Paling kurang, hilang satu beban dalam hati yang sukar betul aku buang selagi tak diluahkan (kuat juga kuasa hati ini rupanya kan?).

Aku tak tahulah korang macam mana, tetapi aku sentiasa berfikir pasal kematian dalam aspek yang positif. Sebagai umat Islam pun, kita sepatutnya perlu selalu berfikir tentang kematian. Perkara yang kita tak boleh jangka, haruslah kita ambil peluang secukupnya.

Pada akhirnya, aku terus hidup seperti biasa. Perkara seperti cinta ini sebenarnya bukannya datang selalu. Jadi, kalau korang dah jumpa, hargailah betul-betul.


* Lahanat, apa benda aku merepek jiwang melankolik pagi-pagi buta ni?

SEKIAN
2:42 AM
8 KATA HATI
[ 8 ] PENDAPAT

Blogger yatty ismail berpendapat bahawa:

ley tahab berkarat jiwang nih! huhuhh

1/10/2012 5:39 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@yatty ismail: nak buat novel la. tapi nanti ada orang mengeluh tak nak baca. ahaha

1/10/2012 5:47 AM

 

Blogger adibahrisha berpendapat bahawa:

haaaa haaa haaa jodoh akan smpai juga

1/10/2012 10:32 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@adibahrisha: :)

1/10/2012 8:35 PM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

kalau tanya saya, awk prlu confront NA semula. tell her what you feel inside. mungkin peluang kedua masih ada. pasal NI. dengarnya mcm awk dh berat pada dia. tp kurang setuju, sbb dia berpunya. Unless dia tk happy dgn love dia skg. ingat, kita bt org kecewa, later kita juga kecewa. Allah is fair.

#Justsaying Goodluck jebat!:)

1/13/2012 5:49 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: i know my own limit. saya tak berharap sangat kat NI ni. cuma saya fikir, saya nak dia tahu perasaan saya sebab kita hidup tak lama. hari ni saya tulis komen ni, esok mungkin saya dah tak ada jika itu atas kehendak-Nya. jadi, saya tak nak la hidup dalam penyesalan pada masa hadapan. kita merancang, tuhan menentukan. jadi masa hadapan tu kita tak tau macam mana walau hebat mana kita rancang. therefore, seperti yang saya jelaskan dalam entry di atas, ini untuk menghilangkan beban di hati apabila perasaan tu diluahkan. saya awal2 tah tau jawapan yang akan NI berikan, but apa sekalipun saya terima.

bak kata John Lennon: Life is what happens to you while you're busy making other plans. :)

1/13/2012 6:02 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

ok, itu boleh diterima akal!

1/14/2012 4:01 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: well, come on. saya bukan sentimental sangat atau lemah dengan hal2 macam ni. lama2 hilang la benda yang dinamakan 'perasaan' ni. orang putih kata, it's just a mere feeling. hehe :)

1/14/2012 10:27 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik