<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, January 9, 2012

Honey And Clover

Dah lama rasanya aku tinggalkan penulisan a la jurnal atau rencana. Syamira Ismail mengeluh sebab melihat banyak sangat cerpen yang aku tulis di sini. Bukannya apa honey, saya cuma mahu meluahkan perasaan secara tersirat saja.

Baiklah, kali ini aku nak tarik perhatian korang terhadap filem Hachimitsu to Clover (keluaran tahun 2006), atau dalam bahasa Inggerisnya Honey and Clover. Aku mengambil masa selama hampir enam tahun sebelum berkesempatan menonton versi live-action filemnya. Untuk versi drama, aku telah ikuti dahulu yang mana ianya ditayangkan sekitar tahun 2008 yang lalu.

Filem ini berkisarkan tentang pelajar-pelajar yang mengambil jurusan seni. Ada yang ambil seni reka dalaman, ada yang ambil lukisan, ukiran dan sebagainya. Filem ini secara dasarnya berkisarkan tentang persahabatan yang diiringi oleh percintaan yang bersegi-segi.

Namun di sini, aku suka dengan falsafah yang cuba diterapkan. Ia berkaitan dengan persoalan mencari diri sendiri (yang memang sangat aku perlukan). Maksudnya, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mencari diri yang hilang atau keadaan diri yang semakin pudar.

Macam watak utamanya, Takemoto, dia dapat menemui semangatnya semula setelah berbasikal dengan perjalanan yang sangat jauh. Kalau nak aku gambarkan, mungkin dari Bangi ini ke pantai Port Dickson (mungkinlah). Melalui perjalanan yang jauh ini, dia dapat berfikir semula dengan tenang tentang sebab dia mengambil jurusan seni dan perasaannya terhadap Hagu.

Dengan semangatnya itu, dia telah memberikan sumber inspirasi terhadap rakan-rakannya yang lain seperti Morita, Mayama dan Yamada. Inilah antara sebab aku masih menggemari filem-filem dan drama-drama Jepun. Tidak seperti Korea yang gemar sangat bercerita soal cinta, Jepun lebih banyak menerapkan unsur-unsur falsafah yang dipelbagaikan dengan banyak tema (termasuklah cinta).

Jadi, Jepun banyak memberikan aku lebih banyak pilihan kerana temanya yang pelbagai. Disebabkan itu juga, aku tak teragak-agak untuk membeli novel (guna baucar RM200 sebenarnya) 1Q84 oleh Haruki Murakami beberapa hari yang lalu. Selain itu, aku download juga filem Norwegian Wood yang turut berpandukan kepada karya Murakami (novel yang diterbitkan pada tahun 1987).

Secara kesimpulannya, kalau korang mahu mencari inspirasi, ini banyak pada filem-filem dan drama-drama Jepun. Tetapi kalau korang mahukan hiburan yang lebih berbentuk percintaan, itu banyak dalam scene Korea. Apa-apa pun, Jepun tidak pernah menghampakan aku setakat ini.

SEKIAN
4:55 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger dayanaazhar:) berpendapat bahawa:

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@dayanaazhar:): thank you. :)

1/10/2012 3:30 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik