King Henry is back! Sebagai peminat bola sepak, aku sangat mengagumi Thierry Henry. Aku menganggap dia sebagai antara penyerang terbaik dunia. Sebagai peminat Chelsea pula, ini adalah sangat menggerunkan. Tetapi, bila aku check semula jadual Chelsea, mujurlah tak ada pertembungan dengan Arsenal sepanjang Henry dipinjamkan ini (tetapi kalau ada pun, apa salahnya). Namun, sesuatu yang menarik adalah Arsenal akan bertembung dengan Manchester United lagi dua minggu. Sebelum ini, kalau Arsenal main, aku cuma mahu lihat disebabkan ada Henry dan Fabregas. Tetapi semenjak kedua-duanya dah tak ada, aku dah tak minat nak tengok Arsenal main. Permainan diorang pun makin membosankan. Namun apabila Henry kembali semula ke Liga Inggeris (EPL), ini adalah menarik. Aku kecewa sedikit apabila David Beckham tak kembali ke EPL kerana aku gemar melihat dia punya passing dan crossing. Jadi, mungkin lepas ini Arjen Robben boleh kembali ke Chelsea (siapa tahu kan?).
|
-fan tegar Fulham
1/13/2012 7:35 PM