<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, January 13, 2012

A Gifted Man

Buat masa ini, ada beberapa siri TV US yang aku layan. Ada yang dah lama dari musim pertama, dan ada juga yang baru mula musim pertamanya tahun lepas. Untuk entry kali ini, aku nak promote siri A Gifted Man (AGM) kat korang.

Siri ini bertemakan perubatan seperti House M.D., Grey’s Anatomy dan lain-lain lagi. Bezanya siri AGM ini dengan yang lain adalah ia turut menampilkan satu lagi unsur iaitu supernatural. Namun, ia bukanlah keterlaluan seperti siri Supernatural itu.

Ceritanya berkisarkan tentang Dr. Michael Holt (lakonan Patrick Wilson) yang terkenal sebagai doktor terkemuka di New York. Suatu hari, beliau mendapat notis untuk menguruskan sebuah klinik percuma (atau klinik awam) yang sebelumnya diuruskan oleh bekas isterinya, Dr. Anna Paul (lakonan Jennifer Ehle). Apa yang mengejutkan Dr. Holt adalah klinik itu tak diuruskan lagi oleh Dr. Anna kerana bekas isterinya itu sebenarnya telah meninggal dunia beberapa minggu sebelum notis tersebut diterima.

Ini menimbulkan kesedihan yang amat ketara kepada Dr. Holt yang tak dapat menerima kenyataan pemergian bekas isterinya. Ini kerana di dalam hati, Dr. Holt masih tak dapat melepaskan bekas isterinya itu walaupun setelah mereka bercerai. Namun begitu, kesedihan tersebut dibayangi oleh kekeliruan disebabkan roh Dr. Anna kerap muncul dan berinteraksi dengan Dr. Holt.

Sebagai seorang doktor, ini sukar diterima oleh Dr. Holt kerana dia berpendapat bahawa ia adalah sekadar ilusi. Namun apabila seorang shaman (atau bomoh dalam masyarakat Melayu), Anton Little Creek (lakonan Pablo Schreiber) yang diperkenalkan oleh adiknya sendiri iaitu Christina Holt (lakonan Julie Benz) muncul, ini berjaya meyakinkan sedikit Dr. Holt tentang dunia roh. Walaupun Dr. Holt kurang percaya pada mulanya, namun kehadiran roh bekas isterinya itu yang sentiasa berinteraksi dengannya membuatkannya sentiasa terkenangkan memori lama, di samping mengubah persepsinya terhadap pesakit-pesakit luar bandar.

Ini sebenarnya semakin lama semakin mengubah personaliti Dr. Holt yang sebelumnya tak berapa ambil kisah tentang dunia luar selain pesakit-pesakit golongan kaya yang sering mendapatkan rawatan di hospitalnya itu. Roh bekas isterinya yang sering muncul itu sering memberikan panduan dan kadangkala memberikan hujah yang menyebabkan Dr. Holt mula mengubah fikirannya terhadap dunia luar. Ini akhirnya membuatkan Dr. Holt dengan sukarela membantu doktor-doktor lain di klinik percuma yang dibangunkan oleh bekas isterinya itu secara bergilir-gilir dengan tugas di hospitalnya sendiri.

____________________


Baru tadi aku menonton episod kesembilan siri AGM ini. Sebenarnya dah lama episod ini keluar, cuma aku baru-baru ini saja download. Aku akui, episod kali ini agak menyentuh perasaan.

Penggunaan lagu Paradise oleh Coldplay dalam satu babak seperti gambar di atas sangat berkesan. Situasinya adalah seorang pesakit wanita telah dijangkiti oleh satu penyakit yang dipanggil sebagai rabies yang membawa maut. Ketika dalam perjalanan ke hospital, wanita ini dikahwinkan di dalam ambulans dengan teman lelakinya oleh shaman tersebut (turut mempunyai lesen mengahwinkan orang) memandangkan wanita tersebut mungkin tak sempat diselamatkan.

Dr. Holt selaku orang yang benar-benar memahami erti sebuah perkahwinan tak berputus asa cuba menyelamatkan nyawa wanita tersebut walaupun dia mengetahui bahawa wanita itu dah menghembuskan nafas terakhirnya dalam perjalanan ke hospital. Ini menimbulkan satu kesan yang mengharukan dan menyentuh perasaan di saat lagu Paradise keluar dengan liriknya yang sungguh mendalam. Aku akui bahawa babak ini sangat kuat dalam bermain dengan emosi sehingga aku turut berasa sebak ketika menontonnya.

Jadi, aku sarankan korang supaya menonton siri ini kalau korang mahukan sedikit kelainan dalam tema perubatan. Di sini, kita diperlihatkan dengan pertembungan di antara dua persoalan iaitu logik yang disering dipegang oleh para doktor atau saintis dan juga spiritual yang sering ditolak tepi. Konflik di antara keduanya inilah yang membuatkan siri ini menarik kerana ia mempengaruhi pemikiran dan pertimbangan Dr. Holt dalam menguruskan kehidupannya sebagai seorang doktor.

SEKIAN
4:47 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Raz berpendapat bahawa:

macam best! nak download ah! hehe

1/13/2012 10:22 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@RazFiRa: memang best, sila download. :)

1/13/2012 11:14 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik