<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, January 21, 2012

Gadis-Gadis Ted

Pada suatu hari, lahirlah seorang bayi lelaki ke muka bumi. Tak perlu cerita panjang, saya skip terus ke waktu belianya. Maka, bermulalah epik percintaan sehebat Romeo dan Juliet.

Okay, saya tipu. Hikayat Romeo dan Juliet itu mana ada sama dengan epik lelaki yang dah mencapai usia belia ini. Saya lupa, nama dia Ted (tentu sekali bukan nama sebenar).

Sepanjang kekacakan Ted selama 20 tahun lebih itu, hanya ada tiga orang gadis yang pernah dan masih disukainya secara serius. Saya tak mahulah menyebut perkataan 'cinta' itu kerana ia akan menjadi sesuatu yang hiperbola nanti. Jadi, mari kita lihat apa ciri-ciri ketiga-tiga gadis ini.

Gadis pertama, Mary, adalah gadis pertama yang berjaya menambat hati Ted. Ini boleh dikatakan cinta monyetnya yang saya pasti tak serupa langsung dengan realiti sebenar haiwan tersebut. Mana mungkin monyet bercinta seperti manusia.

Mary ini adalah gadis yang diminati oleh ramai lelaki yang perasan diri seumpama Amitabh Bachchan ketika mudanya. Disebabkan Ted dilahirkan dengan sifat pemalu, maka dia mengambil masa yang lama untuk mengurat Mary ini. Namun dengan kemajuan internet, Ted akhirnya berjaya menambat hati Mary setelah menembak peluru-peluru cinta dengan menggunakan Pistol Arjuna hingga menembusi jantung gadis tersebut.

Mary ini ternyata seorang gadis yang cantik dan ayu. Dia mempunyai cukup kriteria untuk menjadi seorang model atas faktor ketinggiannya itu. Dengan sifatnya yang independent itu, tak hairanlah Mary menjadi tarikan lelaki-lelaki di sekelilingnya termasuklah Ted.

Ted dan Mary hanya sempat bersama dalam waktu yang singkat. Ini kerana setelah berpisah secara baik atas faktor jarak jauh, Mary tak hidup lama. Mary tak sempat melihat usaha Ted yang mahu cuba mencarinya semula setelah meningkat dewasa.

Kemudian, muncul gadis kedua yang bernama Julia. Ted mengenali Julia ketika menyambung pelajaran di universiti. Julia ini pula adalah junior Ted yang disifatkannya sebagai sangat menawan, sopan dan gigih. Bersama Julia, Ted berkawan rapat sehingga hampir bersatu.

Namun, disebabkan perasaan takut, Ted dan Julia tak menjadi sepasang kekasih walaupun gadis ini sangat sempurna jika dilamar menjadi isteri. Pada waktu itu, Ted sangat takutkan komitmen. Bagi Ted, ini hanya akan menyebabkan Julia keliru dan tak menentu.

Oleh itu, Ted dan Julia hanya sekadar berhubungan mesra sampai kini. Padahal, Ted sedar bahawa Julia sebenarnya benar-benar telah mendiami hatinya. Tetapi, ini tak bermakna lagi kerana terdapat lelaki lain yang telah mencuri ruang hati Julia dengan kapasiti yang besar, menenggelamkan Ted.

Ted boleh dikatakan teragak-agak dalam hal ini kerana kehadiran gadis ketiga iaitu Emma. Emma sedikit sama seperti Mary dari segi personaliti dalaman dan luarannya. Disebabkan itu, Emma turut diminati oleh ramai lelaki.

Dipendekkan cerita lagi, Ted hanya mampu berkawan sahaja dengan Emma kerana gadis ini dah lama mempunyai teman istimewa. Bagi Ted, adalah mustahil untuknya menawan hati Emma dengan apa cara sekalipun kerana merampas teman wanita orang bukanlah falsafah yang tercatat dalam buku Tedologi. Justeru itu, Ted hanya memerhatikan sahaja Emma dari jauh.

Jadi pada akhirnya, Ted masih lagi meneruskan pencarian gadis idamannya. Kalau nak mengharapkan cupid, entiti ini memang tak boleh pakai. Selalu makan gaji buta.

Oleh itu, Ted meneruskan sahaja kehidupannya seperti biasa walaupun terdapat beberapa orang gadis yang mula mencuri tumpuannya, seperti Yasmin. Namun, gadis ini berada di luar liganya kerana dia penuh dengan misteri. Jika suatu hari nanti Yasmin ini berjaya ditawannya, lalu adalah cerita untuk saya sampaikan lagi.


Untuk itu, sekian dulu dan saya biarkan dahulu happily ever after ini pada babak yang akan datang.

SEKIAN
12:40 AM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger nadea roslan berpendapat bahawa:

ahaha. well ted mcm nama teddy bear saya lah khairul. HEHEH :P

1/21/2012 9:43 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

Ted might be a cassanova :P

1/21/2012 5:52 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@nadea roslan: Teddy bear eh? hehe

@Syamira Ismail: bukan, dia hanya arjuna mencari cinta. ;)

1/28/2012 11:54 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik