<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, November 19, 2011

Muslihat: Bahagian 2

Suasana di perkarangan istana mulai riuh. Orang ramai sudah mula hilang sabar. Mereka mahu tahu apa kesudahannya pertarungan dua saudara itu. Apa yang pasti, mereka mahu melihat Adikara mati. Di sini, orang yang paling gembira tentu sekali para pembelot bangsa itu, selain Sultan.

“Jadi, begitulah rancanganku wahai Adikara. Jika kau percaya kepadaku, maka itu sahajalah caranya,” Adiwarna cuba meyakinkan Adikara tentang rancangannya itu.

“Baiklah, aku percaya kepadamu,” ujar Adikara.

Tanpa melengahkan masa, Adikara mengambil keris Sultan yang dihulurkan Adiwarna lalu menikam pehanya sendiri. Darahnya yang banyak menitik-nitik itu seterusnya disapukan ke seluruh badannya bagi menampakkan bahawa dia sudah parah. Setelah itu, dia mula menjerit kesakitan. Ini bagi memastikan bahawa orang ramai yang berada di luar istana itu percaya bahawa dia sudah ditikam oleh Adiwarna. Keris Sultan kemudiannya diserahkan semula kepada Adiwarna untuk rancangan seterusnya.

Setelah membuka pintu istana, Adiwarna menjerit, “Akhirnya, habis sudah kutikam si bedebah itu!”

Orang ramai kaget seketika sebelum bersorak kegembiraan. Mereka berpelukan sesama sendiri kerana menyangkakan Adikara sudah berjaya ditewaskan.

“Wahai Dato’ Bendahara, ini kerisnya yang kuguna untuk menikam si bedebah itu. Bawalah keris ini menghadap Sultan sebagai bukti,” ujar Adiwarna lalu menghulurkan keris Sultan kepada Bendahara Paduka Raja sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Bendahara Paduka Raja sedikit hairan dengan perlakuan Adiwarna itu. Setelah difikirkannya semula, fahamlah dia akan isyarat yang diberikan oleh Adiwarna sebentar tadi. Sambil tersenyum, dia berlalu pergi bersama orang-orang istana dan menghala ke Istana Rajawali, istana kedua Sultan.

“Dengar sini! Adikara sudah parah dan menunggu masa sahaja untuk mati. Jangan kalian berani naik ke dalam istana jika tidak mahu ditikam oleh Cenderasari di tangannya!” Tempik Adiwarna sebagai amaran kepada orang ramai yang masih berada di perkarangan istana.

Adiwarna berlalu pergi tanpa menghiraukan orang-orang di situ. Melihat kelibat Adiwarna yang masih hidup itu, Alwasi, Ambar dan Andalas mengejarnya untuk mendapatkan cerita sebenar. Mereka seperti Adikara, turut tidak menyangka bahawa Adiwarna masih hidup. Ini menimbulkan satu kekeliruan yang besar kepada mereka, ditambah pula dengan kisah penderhakaan Adikara.

Beberapa ketika kemudian, Adikara meluru keluar seperti orang gila. Melihat kelibat Adikara yang terhuyung-hayang itu, ramai yang bertempiaran lari. Namun begitu, masih ada yang cuba mengambil kesempatan lalu menerpa ke arah Adikara. Tetapi, apakan daya, kehebatannya tidak setanding dengan Adikara yang mudah menikamnya dengan Cenderasari yang terkenal sangat berbisa.

“Matilah kau Lengkara, pembelot bangsa!” Teriak Adikara setelah berjaya menikam musuhnya itu.

Melihat situasi tersebut, orang lain tidak berani berhadapan dengan Adikara dan membiarkannya berlalu pergi. Setelah itu, langkah Adikara semakin laju. Segalanya perlu dilakukan mengikut rancangan Adiwarna secepat yang mungkin. Jika tidak, muslihat yang dirancang akan terbocor.

SEKIAN
11:05 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik