<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, November 20, 2011

Di Sebalik Gambar

Sebenarnya kalau ikut plan asal, aku nak terus sambung bahagian terakhir cerita Muslihat. Tetapi, aku penat nak mengarang ideanya. Jadi, aku nak buat benda lain dulu.

Dua hari lepas, aku saja buka akaun MySpace aku yang aku dah malas nak update. Lepas itu, aku pergi belek-belek gambar lama. Bila dilihat semula, rasa kelakar pun ada dengan gambar-gambar tersebut.

Hence, gambar di atas aku buat untuk memberitahu korang bahawa ia adalah zaman diploma aku. Maksudnya, gambar di atas setiap satunya mengikut arah jam bermula dari tahun 2006 sehingga 2008. Walaupun begitu, gambar tahun 2005 aku tak ada dalam simpanan (mungkin memang tak ada gambar waktu itu).

Gambar tahun 2006 itu aku ambil dengan menggunakan telefon bimbit housemate merangkap kawan baik aku ketika itu. Aku rasa phone yang aku gunakan itu kalau tak silap adalah Nokia 6600 atau orang panggil ‘Nokia sabun’. Waktu itu, aku memang belum ada phone yang berkamera, maka selalu jugalah aku pinjam phone kawan aku tersebut untuk sesi bergambar syok sendiri dalam bilik air.

Pada tahun 2007, aku mula membeli phone sendiri iaitu Sony Ericsson K750i (SE K750i) setelah lama menggunakan phone arwah ayah yang masih disimpan di mana sampai sekarang, itulah satu-satunya phone yang aku beli dan masih aku guna untuk nombor Celcom (Nokia C3 sekarang ini pun adik aku yang bagi). Aku tak ingat mana datang sumber inspirasi, tetapi aku tepek saja surat khabar dan majalah di sekitar bilik air tersebut sebelum mengambil gambar dengan memakai kemeja putih berserta tali leher. Gambar yang dah diambil, seperti biasa aku upload ke MySpace yang ketika itu adalah raja segala jaringan sosial.

Gambar tahun 2008 pula diambil ketika Kelab Ekonomi dibawa melawat Hospital Serdang. Apa yang penting, ia bukan kamera phone. Kalau korang nak tahu, itulah pakaian wajib atau formal (berkemeja dan bertali leher) yang mesti dipakai waktu zaman diploma aku dulu.


Berbeza dengan gambar di atas, ia merumuskan zaman ijazah aku yang masih belum habis sampai sekarang. Gambar yang diambil adalah sekitar tahun 2009 sehinggalah minggu lepas. Dalam gambar ini, ada tiga alat berbeza yang digunakan.

Bagi gambar tahun 2009, aku menggunakan webcam untuk membuat mimik muka sebagai parodi kepada gambar Yui Aragaki. Maknanya di sini, bukan mimik muka itu saja yang ada. Apa yang aku buat termasuklah mimik muka minta penampar yang boleh korang lihat di SINI.

Tahun 2010 aku rasa adalah antara tahun paling kabut bagi aku dengan berbagai masalah. Gambar ini masih lagi menggunakan phone SE K750i yang aku sendiri tak ingat sama ada ianya aku ambil di rumah atau di bilik lama aku di kolej. Senyuman yang tak ikhlas nampaknya, tak begitu?

Minggu lepas, aku mengambil gambar dalam keadaan berbaju Melayu dengan menggunakan kamera DSLR milik adik aku. Aku terfikir bahawa aku sangat kurang bergambar dengan berbaju Melayu. Jadi, apa salahnya mengambil gambar berbaju Melayu sebagai koleksi peribadi, dan bila dilihat semula, sifat narcissism aku muncul pula yang mana ia menjadi favourite aku dalam banyak-banyak gambar yang aku ada.

Jadi pada akhirnya, itulah serba sedikit sejarah di sebalik gambar-gambar di atas. Secara jujurnya, aku mengakulah bahawa aku memang sekejap kurus dan sekejap tembam. Dan sekarang, aku telah menjadi semakin tembam.

SEKIAN
8:19 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

saya vote yg tembam! lol

11/28/2011 7:49 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: dalam proses nak turunkan berat badan. :)

11/28/2011 9:05 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik