<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, November 18, 2011

Muslihat: Bahagian 1

Rembulan sungguh kentara dengan cahayanya ketika itu, merumrum jiwa sesiapa yang melihatnya. Namun ironinya, kota Kesumba pada waktu siangnya diwarnai dengan darah yang merah menyala. Ini semua angkara Adikara. Habis semua pembelot bangsa dan pengampu Sultan dihapuskannya. Akan tetapi, rakyat tidak tahu itu semua lantas menganggap Adikara adalah penderhaka.

Penyesalan Sultan akan hukuman bunuhnya terhadap Adiwarna melenduh apabila Bendahara Paduka Raja memaklumkannya bahawa Adiwarna masih hidup. Adiwarna tidak dibunuh, sebaliknya hanya disembunyikan sahaja. Begitu gembira sekali Sultan dengan apa yang didengarinya. Sekilas itu juga, Sultan menitahkan Bendahara Paduka Raja supaya membawa pulang Adiwarna untuk menghapuskan Adikara. Bukan Sultan tidak mencuba, malahan ramai pahlawannya telah mati atau cedera parah ditikam Cenderasari di tangan Adikara. Hanya Adiwarna sahaja yang mampu menewaskan Adikara.

“Wahai Adikara, izinkan aku naik ke dalam istana. Ini aku, Adiwarna, saudaramu!” Teriak Adiwarna setibanya dia dengan Bendahara Paduka Raja berserta orang-orang istana yang lain.

Adikara terkesima. Sedang dia duduk terbongkang di singgahsana raja, dia mula keliru dengan apa yang didengarinya tadi. Dari dalam istana, dia mengintai-intai ke luar menerusi jendela yang dibukanya seinci. Alangkah terkejutnya dia, Adiwarna masih hidup!

“Tidak, wajah dan tubuhmu mungkin sama dengan Adiwarna, tetapi aku tidak percaya denganmu. Apa buktinya kau adalah Adiwarna?” Tanya Adikara cemas.

“Wahai Adikara, apakah kau masih simpan penduk yang kuberikan kepadamu suata masa dahulu?” Balas Adiwarna pula.

Usai mendengar jawapan itu, Adikara terus membuka pintu hadapan istana. Betapa gembiranya dia apabila melihat susuk tubuh Adiwarna di hadapannya. Yakinlah dia bahawa lelaki yang dikatakan Adiwarna itu adalah benar-benar saudara yang disangkakannya telah mati dibunuh. Hal penduk itu hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja, selain daripada guru mereka iaitu Adiputra.

“Marilah Adiwarna, mari naik ke atas,” ujar Adikara sambil berundur ke belakang.

Setelah Adiwarna naik ke atas, ditutupnya pintu tersebut supaya tidak diganggu oleh orang ramai yang ada di luar. Serentak itu juga, dia menyerang Adikara dengan keris Sultan. Adikara yang terkejut dengan tindakan Adiwarna masih mampu mengelak asakan tersebut. Apa yang mahu dihairankan, kedua-duanya bertapa di bawah guru silat yang sama. Maka, setiap pergerakan yang dibuat oleh Adiwarna mampu ditepis dan dielak oleh Adikara.

“Berhenti Adiwarna! Apakah semua ini? Apakah kau mahu membunuhku, Adiwarna?” Tanya Adikara kehairanan melihat tindakan Adiwarna.

“Kau derhaka Adikara! Apakah yang kau fikirkan sampai sanggup membunuh orang-orang yang tidak bersalah?” Balas Adiwarna mahukan kepastian.

“Tidak bersalah kau kata? Mereka yang kubunuh itulah yang menghasut Sultan supaya membunuhmu. Aku tidak tahu bagaimana kau masih lagi hidup, Adiwarna. Tetapi, aku hanya menunggu masa untuk mati di tangan mereka sahaja. Lantas itulah aku menghapuskan mereka. Aku hanya mahu mempertahankan diriku sahaja. Lagipun, jika aku tidak berbuat demikian, mungkin Alwasi, Ambar dan Andalas juga akan mengalami nasib yang sama sepertimu,” jelas Adikara dengan panjang lebar.

“Sebenarnya, aku disembunyikan oleh Bendahara Paduka Raja di sebuah pulau. Maka, disebabkan itulah aku masih lagi hidup. Entahlah Adikara, aku begitu runsing sekarang ini. Titah Sultan mahu aku membunuhmu, sedangkan hatiku memberontak tidak mahu. Apa yang boleh aku buat selain menuruti titahnya?” Adiwarna mengeluh.

“Wahai Adiwarna saudaraku, tidak bolehkah kau melakukan perkara sama seperti yang dibuat oleh Bendahara Paduka Raja terhadapmu dahulu?” Tanya Adikara berharap.

“Bijak! Bagus pendapatmu itu, Adikara. Kenapalah aku tidak terfikir akannya? Jika demikian, aku ada satu rancangan,” ujar Adiwarna sambil mengukir senyuman.

“Apakah rancanganmu itu, Adiwarna? Tidakkah kau lihat betapa ramainya orang di luar sana itu? Dalam kelompok itu, aku lihat masih ada beberapa orang pembelot di situ yang menunggu masa untuk menerkamku. Bagaimana mungkin aku mahu keluar dari sini hidup-hidup?” Soal Adikara sedikit gusar.

“Bukankah Cenderasari ada di dalam genggamanmu itu, Adikara? Apa yang mahu kau gentarkan? Lagipun, apa kau sudah lupa tentang ajaran guru kita?” Adiwarna cuba menenangkan hati Adikara.

Setelah itu, Adiwarna memperincikan segala rancangannya tadi kepada Adikara. Sesekali itu, mereka berpura-pura bertarung bagi memastikan orang ramai di luar tidak mengesyaki apa-apa. Ini bagi membolehkan muslihat mereka nanti berjalan seperti yang dirancang Adiwarna. Apa yang pasti nanti, Adikara hanya akan mati di mata para pembelot dan orang ramai yang mahukan dia terhapus sahaja.

SEKIAN
11:58 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik