<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, November 17, 2011

Apa & Kenapa #2


November Rain

Disebabkan sekarang ini musim hujan di bulan November, maka aku secara automatiknya teringat akan sebuah lagu yang berjudul November Rain. Lagu ini bagi korang yang tak tahu, adalah sebuah lagu oleh Guns N' Roses (GnR) hasil karya vokalis utamanya iaitu Axl Rose. Lagu ini panjangnya adalah 8:57 yang sememangnya agak luar biasa. Antara banyak-banyak lagu GnR, lagu ini termasuk dalam senarai utama aku. Ini kerana lagu ini bukan saja best pada susunan muziknya (umpamanya permainan gitar oleh Slash), tetapi juga liriknya yang begitu baik sekali, misalnya seperti di bawah:

Don't you think that you need somebody?
Don't you think that you need someone?
Everybody needs somebody

You're not the only one


Proses Mencari Tulang Rusuk Kiri

Tahap terdesak aku dalam mahu bercinta sebenarnya boleh dikatakan 70-30. Tipulah kalau aku kata aku tak cemburu dengan kawan-kawan yang asyik berkepit dengan pasangan masing-masing 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, 30 hari sebulan, 365 hari setahun. Dalam 70 itu, sebenarnya, terkandung segala macam perasaan seperti cemburu, rimas, lonely, loser dan takut. Ya, takut di sini mengambil kira umur aku yang makin meningkat dan poket yang tak penuh dengan harta. Lagipun, aku bukannya tahu sampai bila aku boleh hidup.


Exists

Ada apa dengan Exists? Ini bagi korang yang lahir tahun 90-an ke atas mungkin tak berapa nak tahu tentang mereka yang mencapai peaknya pada album Seperti Dulu. Album ini bagi aku masih lagi album terbaik Exists kerana ianya tidak cengeng dari segi melodi atau susunan muzik, dan liriknya sangat matang serta puitis. Buat masa ini, aku kerap mendengar lagu-lagu Exists daripada album tersebut kerana ia secara automatiknya menarik aku ke tahun 2003 dan 2004 yang bagi aku adalah tahun-tahun happy aku. Misterinya sesebuah lagu terletak pada susunan liriknya dan susunan muziknya yang kemudian disesuaikan dengan mood semasa kali pertama korang mendengar lagu tersebut (mungkin ada yang manis, atau ada yang pahit).


Undangan Perkahwinan & Hari Lahir

Bulan November ini, aku mendapat banyak undangan ke majlis perkahwinan kawan-kawan terdekat. Ada yang tak disangka-sangka berkahwin dengan rakan sekelas sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Namun begitu, aku sangat-sangat kesal kerana tak dapat menghadiri sesetengah undangan tersebut kerana terlalu jauh. Tetapi, aku harap nanti sewaktu aku pula berkahwin, mereka dapatlah datang ke majlis aku walaupun aku tak sempat menghadiri majlis mereka sebelum ini. Tak lupa juga, 18 November ini merupakan hari lahir cik adik manis bernama Syamira Ismail yang rajin reply tweet aku di Twitter dan dengan itu, aku mahu mengucapkan Selamat Hari Lahir!


Fotografi

Bagi korang yang selalu membaca blog ini, pasti korang tahu bahawa aku sedang mengambil kursus fotografi pada semester ini sebagai satu subjek pilihan bebas. Untungnya aku, kamera semua sponsornya adalah adik aku sendiri di mana aku sendiri diberikan Nikon D60, sementara dia sendiri menggunakan Canon EOS60D dengan kitnya yang aku rasa mungkin dalam RM6000 lebih. Apa yang lagi menarik, aku ada model sendiri iaitu kawan aku yang suka minta aku shootkan gambarnya dalam keadaan yang pelik-pelik, di mana kitorang di Johor memanggilnya sebagai gambar 'menganjing'. Tak percaya, sila lihat gambar di bawah. Dan oh ya aku lupa, photoshoot my arse untuk orang-orang yang bajet dia cun sebagai model sampai sombong apabila ditegur dan juga kepada photographers poyo seantero Malaysia (harap kamera saja mahal, lepas itu dah bajet macam professional photographers)!

SEKIAN
11:30 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

ampun baru baca. haha! tweet tangat! #ER haha

11/20/2011 1:49 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: patut la komen ni tak keluar, Blogger pi letak dalam spam. :)

11/29/2011 12:19 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik