<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, November 27, 2011

Hello Little Girl. In Spite of All the Danger, Blue Moon

Entah kenapa, penangan filem Nowhere Boy ini cukup kuat pada aku. Tetapi, aku rasa, kekuatannya terletak pada konflik John Lennon yang ditunjukkan dengan baik. Dan ya, bagi korang yang mengetahui kisah John Lennon, ia memang suatu yang tragik.

Filem ini bagi aku sangat sweet, kelakar dan dalam masa yang sama penuh emosi. John Lennon memanglah bukan siapa-siapa bagi aku, dia hanyalah musician yang hebat. Namun, dia juga manusia biasa, lalu segala keperitan yang dialaminya dari kecil hinggalah dia mati, sedikit sebanyak dapat aku fahami atau selami.

Ada tiga babak dalam filem ini yang selalu aku ulang tengok. Pertama adalah babak John Lennon belajar chord gitar daripada Paul McCartney (memang adalah kejadian sebenar) sebelum menyanyikan sedikit lagu Blue Moon. Kedua, babak John Lennon menyanyikan lagu Hello Little Girl sambil diperhatikan oleh Paul McCartney, dan yang terakhir adalah babak merekod lagu In Spite of All the Danger di dalam studio yang dinyanyikan sepenuh perasaan.

Aku kecewa sebenarnya apabila usai download soundtrack filem ini. Ini kerana tidak ada lagu Blue Moon yang dinyanyikan oleh John Lennon yang bagi aku sangat sedap apabila dinyanyikan semula oleh Aaron Johnson. Kedua, aku juga kecewa kerana tiada lagu Love Me Tender yang dinyanyikan oleh Paul McCartney sebagai tribute kepada ibunya yang dah meninggal dunia.

Sebenarnya, melihat bagaimana John Lennon belajar bermain gitar dan kemudian mempunyai hubungan persahabatan yang baik dengan Paul McCartney, ia agak mencemburukan aku. Aku rasa, aku belum punya kawan yang boleh sama-sama menangis apabila aku sedih. Kebanyakan yang aku ada, jenis yang mencari apabila senang.

Jadi, pada akhirnya aku bertekad untuk belajar bermain gitar semula. Bukannya apa, kalau tiba waktu aku bosan atau sedih, bolehlah aku menyanyikan lagu Blue Moon, atau mungkin In Spite of All the Danger dan juga Hello Little Girl. Akhir kata, aku tinggalkan korang dengan lagu Blue Moon nyanyian Beady Eye, iaitu pecahan Oasis (dua minit pertama lagu ini memang asyik sangat untuk didengari).

____________________


SEKIAN
10:55 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

lagu tu, layan habis.

11/29/2011 12:07 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: Lagu Blue Moon ke? atau yang lain?

11/29/2011 12:12 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: yes.. :)

11/29/2011 12:18 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik