<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, November 28, 2011

Suck Seed

Siang tadi, aku tengok filem Suck Seed. Aku tertarik untuk download filem ini semalam disebabkan ianya adalah filem yang bertemakan muzik. Namun lebih tersirat lagi, aku nak sangat tengok gadis hot di dalam filem ini iaitu Nattasha Nauljam.

Filem ini kalau nak diikutkan adalah filem yang didasari oleh cinta di mana kemudiannya dilengkapkan dengan tema muzik. Sepanjang aku menonton filem ini, aku dapati bahawa ia sangat kelakar. Filem ini ada sedikit aura filem-filem remaja Jepun yang sememangnya kelakar atau orang kata, 'sengal'.

Watak utama, Ped (lakonan Jirayu La-ongmanee), adalah seorang lelaki yang pemalu. Dari kecil lagi, dia ini dah menaruh hati pada Ern (lakonan Nattasha Nauljam). Masalahnya, Ped tak berani untuk meluahkannya pada Ern sampailah gadis ini berpindah ke Bangkok sebelum kembali semula ketika zaman sekolah menengah.

Filem ini menjadi kelakar disebabkan oleh watak Koong (lakonan Pachara Chirathivat) yang tak konsisten dalam melakukan sesuatu perkara. Dia selalu saja cemburu dengan kembarnya yang hebat bermain gitar. Sebab utama dia menubuhkan band pun adalah untuk menarik perhatian gadis.

Watak Ped pula selain pemalu, adalah seorang yang kadang-kadang blur atau 'sengal' yang boleh dilihat dari ekspresi mukanya itu yang sedikit iras Tomok. Moments yang sweet bagi aku adalah saat-saat Ped berdua saja dengan Ern. Aku dapat memahami bagaimana susahnya untuk meluahkan perasaan terhadap gadis yang diminati, walaupun mungkin ini akan menyebabkan orang yang melihat menjadi geram.

Yalah, orang yang melihat akan menjadi geram lantas selalu bertanya kenapa tak luahkan saja, bukan? Tetapi sebenarnya, bukannya mudah nak meluahkan sesuatu yang berupa cinta ini. Dahlah perlukan timing yang sesuai, di mana kalau tak diluahkan akan terlepas dan jika diluahkan, kalau tak diterima mungkin hubungan dah tak mesra macam dulu.

Damn, aku suka betul melihat Ern ini. Dia sangat hot kerana dia bermain gitar (dalam filemlah, luar tak tahu macam mana). Comel saja muka dia, rasa macam nak cubit-cubit anak orang ini.

Akhir kata, kalau korang mahukan alternatif bagi filem-filem selain Jepun, Korea, China/Hong Kong/Taiwan atau Indonesia, filem Thai sebenarnya memang bagus. Pelakon-pelakon dia memang kacak, cantik dan hot. Jadi, sebab itu agaknya orang kita suka sangat melancong ke Thailand, mungkin?

SEKIAN
11:24 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik