<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, November 26, 2011

Nowhere Boy

Tadi, aku baru saja habis menonton filem Nowhere Boy, filem terbitan tahun 2009. Aku dah perasan dulu masa link untuk download filem ini keluar di beberapa buah blog atau website setelah beberapa bulan tayangan filem ini di pawagam (malangnya tak masuk Malaysia). Tetapi, aku cukup malas nak download sampai aku terlupa hinggalah aku diingatkan oleh kawan aku, kipas-susah-mati The Beatles iaitu Amer Munshi.

Jadi, tanpa berlengah masa, aku terus mencari link downloadnya. Seingat aku dulu daripada apa yang pernah aku baca, filem ini adalah kisah John Lennon yang boleh dikatakan agak tepat. Kecuali satu lagi filem iaitu Backbeat (terbitan tahun 1994), yang lain aku anggap macam sampah saja disebabkan ianya mengarut.

Bezanya, Backbeat lebih banyak menceritakan kisah awal The Beatles, khususnya hubungan John Lennon dan Stuart Sutcliffe iaitu antara lima anggota asal band tersebut. Sebaliknya, Nowhere Boy lebih banyak menceritakan kisah John Lennon sewaktu remaja berhubung kehidupan pahit manisnya bersama makciknya iaitu Mimi dan juga ibu kandungnya iaitu Julia Lennon. Filem Nowhere Boy ini pula dibuat berdasarkan buku autobiografi tulisan adik tirinya iaitu Julia Baird.

Jika korang pernah membaca kisah John Lennon, tak kisahlah sama ada melalui buku atau paling bangsat pun Wikipedia, maka menonton filem ini taklah sukar untuk difahami. Jadi, korang tak perlu nak mengagak macam mana ending dia kerana ia memang adalah fakta. Apa yang kuatnya filem ini terletak pada emosi yang ditunjukkan oleh John Lennon lakonan Aaron Johnson, Mimi (lakonan Kristin Scott Thomas) dan Julia Lennon (lakonan Anne-Marie Duff).

Selain itu, filem ini turut menceritakan bagaimana John Lennon mula menubuhkan The Quarrymen, sebelum bertemu Paul McCartney dan George Harrison. Apa yang mengejutkan aku sebenarnya adalah suara Aaron Johnson itu sendiri yang mirip dengan John Lennon. Apabila tiba saat scene Aaron Johnson mula menyanyikan lagu Maggie Mae (sebagai The Quarrymen), aku menjadi lebih teruja dan kagum kerana dia benar-benar boleh menyanyi persis John Lennon.

Kesimpulannya, filem ini pada dasarnya berbentuk drama dan memang melankolik. Jika korang pernah mendengar lagu Mother nyanyian John Lennon untuk album solonya, maka korang sebenarnya boleh memahami atau menjiwai 'roh' filem ini. Untuk itu, aku tinggalkan korang dengan lagu In Spite of All the Danger (versi filem yang dinyanyikan oleh The Nowhere Boys yang terdiri daripada Aaron Johnson, Thomas Brodie Sangster dan Sam Bell), karya Paul McCartney dan George Harrison (kalau ikut asal, lagu ini dinyanyikan oleh Paul) yang dirakamkan dua hari sebelum ibu John Lennon meninggal dunia dilanggar kereta.

____________________


SEKIAN
11:18 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Achilles Monoloules berpendapat bahawa:

ooo nice :)

11/28/2011 7:33 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Achilles Monoloules: thanks Mer.

11/28/2011 9:06 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik