<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, November 1, 2011

1001 Cerita

Gambar oleh: someGIRL2B

Kata pensyarah Penulisan Kreatif aku, kalau kita menjadi seorang penulis, kita secara literalnya boleh menjadi sesiapa sahaja. Walaupun aku seorang lelaki, tetapi aku masih boleh menjadi seorang wanita dalam cerpen atau novel. Ini pernah dilakukan oleh ramai penulis hebat, misalnya Faisal Tehrani sendiri dalam karya Perlak Emak.

Tetapi, itu untuk jenis penulisan kreatif yang memberikan kebebasan penuh kepada penulis. Macam mana pula penulisan yang berbentuk ilmiah? Sebenarnya, penulisan berbentuk ilmiah adalah payah untuk dibuat jika kita tak membuat kajian dan penyelidikan.

Jadi, itu yang ramai di antara kita yang termasuk aku di sini pernah membuat kerja mudah iaitu copy and paste. Bagaimanapun, aku tidaklah buta bodoh sampai nak mengambil bulat-bulat hasil kerja orang. Sebaliknya aku ubah suai sedikit menggunakan ayat sendiri dan meletakkan kredit kepada penulis asal.

Pokok pangkalnya, menulis juga memerlukan suatu bentuk inspirasi atau mood. Ada orang yang hebat menulis ketika dilamun cinta dan sebaliknya jika sedih, dia tak boleh pula berkarya. Namun ada juga orang yang lebih suka menulis ketika dalam keadaan sedih kerana mungkin baginya, suasana kesedihan dan keseorangan itu yang memberikan kekuatan kepadanya untuk berkarya.

Kata seorang lagi pensyarah aku, Prof. Madya Dr. Misran, kebanyakan penulis yang hebat seperti Pramoedya Ananta Toer dan J. K. Rowling menulis dalam keadaan yang terdesak. Terdesak di sini bermaksud, karya-karya yang dihasilkan mereka tercetus daripada keadaan mereka yang terdesak. Misalnya di sini, Pramoedya Ananta Toer ketika hayatnya telah dipenjarakan semasa pemerintahan regim Suharto.

Di sini, atas dasar mahu meluahkan pemikiran dan rasa yang terpendam, maka beliau menulis meskipun berada dalam penjara. Ini sama kesnya dengan J. K. Rowling sendiri yang melalui zaman suram apabila gagal dalam perkahwinan terdahulu. Namun disebabkan kesempitan dalam hidup, beliau menulis di kafe kerana tak mahu menyusahkan adiknya (menumpang sementara di rumah adiknya).

Minggu lepas pula, Dr. Misran menjemput Puan Nisah Haron untuk berkongsi pandangan dan pengalamannya di kelas. Bagi korang yang rajin membaca naskah-naskah tempatan, aku pasti korang pernah mendengar nama beliau. Setidak-tidaknya pun, mungkin korang pernah mendengar karya Annyss Sophilea yang dijadikan teks wajib bagi subjek Bahasa Malaysia untuk peringkat SPM.

Menurut beliau, karya-karya ‘Islami’ yang muncul dengan banyaknya kebelakangan ini sebenarnya adalah bersebab. Di Indonesia, golongan penulis novel seperti Habiburrahman El Shirazy rasa terpanggil untuk berkarya disebabkan karya-karya moden yang berorientasikan seks, erotik dan hubungan songsang telah diangkat serta mendapat pujian melangit sebagai 'berfalsafah'. Sebagai seorang Muslim, ini adalah bertentangan dengan landasan agama, lantas itu, beliau menulis untuk melawan arus dan hasilnya, keluarlah novel Ayat-ayat Cinta yang sangat laris di pasaran.

Pendek kata, menulis sebenarnya memerlukan suatu bentuk ‘paksaan’ atau ‘tolakan’ dalam diri. Kebanyakan karya yang bagus biasanya terhasil akibat suasana yang tak menyenangkan. Dan aku sendiri sebenarnya juga berada dalam keadaan yang agak gawat, lalu aku berharap agar dapatlah sekiranya aku menghasilkan sesuatu yang boleh dikongsi oleh masyarakat nanti.

SEKIAN
10:32 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik