<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, October 30, 2011

Cinta Di Asmaralusia

Malam di Asmaralusia sangat mendamaikan. Sang bintang begitu hebat memukau mata dengan kerlipannya. Sang bulan yang sebelumnya bersembunyi di sebalik gugusan kumulus mula menonjolkan dirinya, tidak mahu terlepas acara.

Di sebalik keriuhan anak-anak kecil berlari-lari di jalanan, seorang pemuda duduk berseorangan di sebuah kafe, termenung jauh. Sesekali, pemuda ini hanya memerhatikan sahaja gelagat kanak-kanak tersebut bermain sesama mereka. Sesekali itu juga, dia tersenyum.

“Oi Andra, lama tunggu?” tanya seorang lelaki kepada pemuda yang duduk berseorangan tadi.

“Adalah dalam setengah jam. Jalan masih sesakkah, Dimas?” balas Andra pula kepada sahabatnya itu.

“Sangat. Maksud aku, teruk. Tetapi, biasalah kalau hari cuti begini, memang selalu begitu,” jawab Dimas ringkas.

Mereka berdua mula rancak berbicara sesama mereka. Banyak hal yang dibincangkan, ada kalanya serius dan ada kalanya membuatkan mereka berdua ketawa. Namun begitu, ada sesuatu yang masih mengganggu fikiran Andra.

Dimas yang seakan-akan memahami kerunsingan sahabatnya itu mula bertanya, “Apakah yang sedang kau fikirkan, kawan? Gadis itu lagi?”

“Tahu-tahu sahaja kau, ya? Benar, sampai sekarang aku masih lagi tidak mengerti akannya. Orang ramai mungkin akan mengatakannya sebagai fiksyen semata-mata, tetapi ia memang benar-benar berlaku kepada aku,” jawab Andra dengan dahi yang berkerut.

“Jika aku bukan sahabatmu, maka aku akan berfikiran seperti mereka. Tetapi, kita sudah lama bersahabat, semenjak dari kecil lagi. Jadi, aku percaya padamu, dan tidak usahlah kau risau kerana setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada penjelasan di sebaliknya,” balas Dimas sambil tersenyum.

Sudah tiga minggu kejadian itu berlalu. Namun, Andra masih bingung tentang pertemuannya dengan gadis itu. Tempoh singkat pertemuan tersebut bagaikan sebulan lamanya bagi Andra. Dengan tidak semena-mena sahaja, gadis itu muncul dan menegur Andra. Belum sempat Andra bertanyakan bermacam-macam soalan, gadis itu hilang pula entah ke mana. Apa yang membingungkan Andra adalah hal-hal peribadinya yang diketahui dengan baik oleh gadis itu. Ini membuatkan Andra tertanya-tanya sama ada ini satu bentuk permainan atau sebaliknya.

“Hai Andra, nama saya Alisa. Awak memang tidak mengenali saya. Tetapi, abaikan dahulu semua itu. Saya cuma ada masa yang singkat sahaja sekarang, dan saya mahu memberitahu sesuatu kepada awak,” tegur seorang gadis secara tiba-tiba kepada Andra.

Andra yang terpinga-pinga dengan kemunculan mengejut gadis yang bernama Alisa itu mempelawanya duduk di bangku kosong di hadapannya. Andra yang ketika itu baru mahu bersarapan pagi di sebuah kafe pantas memerhatikan Alisa dari atas ke bawah, cuba membongkar kotak ingatannya untuk mencari data berkenaannya. Namun, benar seperti kata Alisa, Andra memang tidak mengenali gadis ini.

“Mahu pesan apa-apa? Kopi mungkin?” Tanya Andra lalu memanggil seorang pelayan.

“Ya, boleh juga,” jawab Alisa ringkas.

“Jadi, siapakah awak, Alisa? Bagaimana awak tahu nama saya?” soal Andra yang masih lagi terpinga-pinga.

“Awak mungkin menganggap bahawa apa yang akan saya beritahu sebentar lagi sebagai satu perkara yang gila. Ya, ia memang gila tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil,” ujar Alisa pula.

“Sesuatu yang gila?” Suatu persoalan daripada Andra yang mahukan lebih jawapan.

“Pada tarikh 26 Oktober nanti, saya minta awak jangan melalui Jalan Akuarius sewaktu mahu ke tempat kerja walau bagaimana sekalipun,” jawab Alisa dalam keadaan tergesa-gesa.

“Apa yang awak cuba katakan ini? Kenapa perlu saya ikut kata awak?” Tanya Andra lagi yang mahukan lebih kepastian.

“Awak tahu, kita berada dalam alam semesta yang berlainan. Saya sebenarnya berasal daripada Buana, yang sama seperti Bumi tetapi sedikit berlainan. Jika di sini, negeri ini dipanggil sebagai Asmaralusia. Tetapi di sana, namanya adalah Romantika. Ia pada dasarnya hampir sama, tetapi sebenarnya berlainan,” jelas Alisa panjang lebar.

“Kedengarannya seperti cerita dalam novel-novel fiksyen sahaja. Adakah ini satu bentuk permainan? Apakah ada kamera tersembunyi di sini?” Andra bertanya sinis sambil matanya melilau mencari kamera tersembunyi.

“Jadi, biar saya katakan sesuatu di sini. Saya tahu bahawa di peha kanan awak itu ada satu tanda kelahiran yang berwarna hitam. Bagaimana saya tahu? Ini kerana di sana, di alam semesta saya, awak adalah suami saya. Mana mungkin saya tahu tentangnya jika awak bukan sesiapa dalam hidup saya. Tidakkah begitu?” Kata-kata Alisa mengejutkan Andra.

Belum sempat Andra bertanyakan soalan lain, tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman yang kuat di luar kafe tersebut. Rupa-rupanya satu kemalangan di antara dua buah motosikal telah berlaku. Sekilas pandangan Andra melihat-lihat keadaan di luar kafe, sekilas itu jugalah Alisa yang tadi duduk di hadapannya hilang. Andra cuba mencari Alisa di sekitar kafe tetapi tidak menjumpainya langsung. Kopi yang dipesan Alisa masih lagi panas, tidak disentuhnya langsung.

Setelah membayar kesemua makanan dan minuman yang dipesan, Andra bergegas keluar untuk membantu kedua-dua orang penunggang motosikal yang kelihatannya cuma cedera ringan sahaja. Namun, apa yang lebih penting, Alisa yang tiba-tiba ghaib daripada pandangan Andra telah membuatkan fikirannya tidak tenteram. Apa yang diperkatakan oleh Alisa sebentar tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya, dan apa yang sedang bermain dalam fikirannya adalah tarikh 26 Oktober itu.

____________________


* Alright, ini baru prolog kepada cerpen yang sedang aku usahakan. Ia sedikit fiksyen, dan aku cuba untuk bereksperimen dengannya. Untuk bab seterusnya, tengoklah nanti macam mana.

SEKIAN
2:55 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

i polloww. hehe

10/31/2011 10:37 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: whaat? :D

10/31/2011 3:54 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik