<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, November 2, 2011

Apa & Kenapa #1


10 Lagu Pilihan Pagi Ini

Aku bukan seorang yang melankolik, tetapi, aku suka dengan lagu-lagu yang berentak mellow. Pagi-pagi buta selepas Subuh tadi, entah kenapa, aku terasa nak mendengar lagu-lagu Jepun berentak begitu. Barangkali, aku nak mengembalikan semangat yang hilang. Lagipun, rasa macam dah lama tak layan muzik Jepun. Maka, 10 pilihan lagu aku pagi ini bolehlah korang lihat seperti di bawah, manalah tahu kalau korang rasa nak mencuba.

Ai Otsuka – Planetarium
Aluto – Michi
Ayaka – Okaeri
Ayumi Hamasaki – Voyage
B’z – Kon'ya Tsuki no Mieru Oka ni
Do As Infinity – Yesterday & Today
Dreams Come True – Itsu no Ma ni
K – Only Human
Hikaru Utada – First Love
YUI – Tokyo


Mencari Maklumat Berkaitan Scene Jepun

Aku usha-usha blog untuk download lagu-lagu baru Jepun yang dah lama aku tertinggal. Aku ingatlah, waktu aku punya eagerness terhadap muzik, drama dan filem Jepun masih tinggi, hidup aku ketika itu sangat happy, tak macam sekarang. Ini mungkin juga krisis umur dah meningkat, atau memang ada sesuatu yang hilang. Sebenarnya lagi, apabila aku mendengar lagu-lagu Jepun seperti di atas, katakan Itsu no Ma ni oleh Dreams Come True, ia mengingatkan aku kepada zaman remaja aku yang bolehlah aku labelkan sebagai agak wonderful. Ketika itu, aku suka imitate atau ambil inspirasi daripada setiap drama Jepun yang aku tonton kerana banyak perkara nice atau iktibar di situ.


Stalk Blog Orang Lain

Aku sebenarnya agak cemburu dengan bloggers yang famous ini. Kelihatannya, mereka punya satu kehidupan yang meriah, mewah dan menarik. Isi dalam blog mereka sangat menarik untuk aku stalk, dan aku tak menafikan bahawa blog aku sendiri agak berat pengisiannya di mana orang tak berapa gemar sangat nak baca (dengan panjang lebarnya dan berjela-jela). Tetapi, aku tak bolehlah nak imitate apa yang diorang buat kerana hidup aku bukannya sama macam diorang. Lagipun, kalau boleh, aku mahu memberikan inspirasi kepada orang lain dalam blog aku, sama seperti bagaimana aku mendapat inspirasi.


Cuba Untuk Menulis Tesis

Siapa kata menulis tesis itu perkara mudah? Kalau kerja kita copy and paste, maka ingatlah bahawa benda ini akan dibawa sampai ke akhirat. Mahukah nanti kerja yang ‘sedap-sedap’ itu (hasil cemerlang daripada kerja copy and paste) dengan gaji yang mewah, kita beri makan kepada anak dan cucu? Kata ustaz aku, meniru sewaktu peperiksaan dan berjaya, kesannya akan dibawa sampai mati dan tak berkat. Mahukah begitu?


Mengadu Dan Merungut

Apa lagi yang aku buat, tentulah ‘mengadu’ dalam blog. Aku marah sebenarnya dengan diri sendiri, masih lagi dengan habit suka menangguh kerja. Tetapi, aku susah nak bendung masalah tersebut. Tengok, sekarang ini pun aku masih sempat menulis di blog daripada menulis tesis. Kalaulah dapat lari sebentar ke dunia seperti di bawah ini.

____________________


Korang bagaimana pula?

SEKIAN
9:00 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

haha stalk blog org lain tu ada benarnya. kadang sy malas juga nak baca blog orang panjang2. tapi sebenarnya dia bergantung pada cara org tu menulis. tulisan awk sy bole geng, saya boleh baca :)

11/08/2011 5:16 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: serius ke ni? saya tau ramai tak berapa gemar baca blog saya sebab panjang. tapi nak buat macam mana, ni gaya saya. :)

11/16/2011 6:09 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik