<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, October 17, 2011

Tiada Kata Secantik Bahasa

Sebenarnya, gambar di atas adalah percubaan aku untuk melihat hasil daripada lens yang aku pinjam minggu baru lalu ini. Lens tersebut adalah berjenama Tamron AF 70-300mm punya panjang. Kamera yang aku gunakan pula adalah kamera cikai berjenama Nikon, model D60.

Tetapi, malangnya aku terlupa nak mengajar sedikit sebanyak tentang fungsi kamera tersebut dan rule yang ada dalam fotografi kepada kawan aku ini. Jadi, kebanyakan gambar adalah teruk dan tak menarik walaupun idea aku banyak. Ini sebenarnya pun aku buat sebagai eksperimen untuk assignment bagi subjek Fotografi yang aku ambil di UKM dengan tema ‘Kehidupan’.

Kawan aku ini pun satu hal juga, suka sangat mengambil gambar berbentuk portrait. Walhal, untuk gambar yang backgroundnya seperti di atas, adalah lebih sesuai jika diambil dalam bentuk landscape. Jadi, kerana itulah aku terpaksa crop dan menjadikannya satu seni berbentuk square.

Sementara itu, aku punya cerpen terpaksa dirombak semula. Ini kerana draf asal aku telah melebihi maksimum muka surat yang dibenarkan iaitu 10 pages. So, terpaksalah aku cantas mana yang patut.

Aku rasa, aku nak olah cerita tersebut semula dan meletakkannya di dalam blog. Tetapi, aku tak pasti nak letak dekat blog yang mana, sama ada blog ini atau satu lagi iaitu Aroma Minda. Temanya aku nak ubah sedikit, yang mana aku mahu menjadikannya berbau cinta yang punya falsafah.

Jadi, dari segi bahasa, mungkin aku akan sesuaikan dengan yang formal dan juga yang tak formal. Tetapi sebenarnya, cerpen yang menggunakan bahasa formal adalah indah. Misalnya, ‘tapi’ ditukarkan kepada ‘tetapi’.

Kata pensyarah aku, kalau kita nak menulis cerpen atau novel dengan bahasa yang indah, kita perlu banyak membaca puisi. Puisi ini, jika diperhatikan, banyak menggunakan metafora dan analogi yang cantik. Bahasanya kadangkala memanglah sukar difahami, tetapi apabila dapat difahami, kita akan berasa kagum dengan keindahannya.

Jadi, aku dalam proses nak mempelajari puisi dengan lebih mendalam. Aku pun nak menjadi seperti sahabat aku, N. Faizal Ghazali yang hebat berpuisi. Lagipun, aku kalau boleh mahu menjadi orang yang banyak ilmu dan skilnya, misalnya macam Ibn Sina, Ibn Khaldun dan sebagainya.

____________________


Di saat waktu berhenti, kosong
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
Sedarku akan hadirmu,
mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri
(Dian Sastrowardoyo dalam 'Alhamdulillah' oleh Too Phat)

SEKIAN
8:15 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

awk punya seni lah luriahk! *masihkagum*

10/19/2011 1:20 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: saya nak tingkatkan lagi ilmu, puisi terutamanya. syok wo main puisi. :)

10/19/2011 2:13 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik