<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, October 4, 2011

Choke Bukanlah Sejenis Choki Choki

Pada suatu hari di bulan Oktober, seorang bayi lelaki telah dilahirkan. Kemunculan beliau telah menggembirakan keluarganya walaupun beliau bukanlah Frodo Baggins, si penyelamat manusia. Beliau itu adalah aku.

Jadi dipendekkan cerita, aku sebenarnya nak bercerita tentang satu perkara yang berkenaan diri sendiri. Well, tentu sekalilah aku nak bercerita pasal aku, dan bukan kamu kerana kamu tidak menarik di mata aku. Okay, aku bergurau.

Pernah tak kamu alami situasi di mana pada saat seharusnya kamu dapat capai kejayaan, ia pada akhirnya hilang? Ia hilang pun sebenarnya adalah disebabkan kamu sendiri. Inilah apa yang dipanggil sebagai choke.

Biasanya, choke ini sangat popular dalam dunia sukan. Contohnya, kegagalan John Terry menyempurnakan sepakan penalti telah memberikan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah kepada Manchester United pada tahun 2008. Kalaulah John Terry berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut, maka Chelsea terus saja menjadi juaranya.

Tetapi, aku rasa benda ini boleh juga digunakan dalam kehidupan seharian. Aku sebagai contoh banyak dan selalu mengalami situasi sebegini. Aku memang yakin dengan kebolehan sendiri, dan jika aku gunakannya sebaik mungkin, dengan keizinan Allah, pasti aku boleh dapat apa yang aku mahu.

Namun kebiasaannya, aku tak dapat nak capai sesuatu perkara itu dalam masa yang sepatutnya. Ini menyebabkan aku selalu mengikut jalan yang panjang untuk mencapai apa-apa yang diusahakan. Barangkali, ini juga boleh disebabkan diri aku sendiri yang selalu melakukan kerja separuh jalan.

Contoh lain, aku berhenti belajar bermain gitar, berhenti sekolah agama setakat darjah enam, berhenti bermain bola sepak secara serius (main di kelab dulu), dan lain-lain lagi. Pendek kata, aku banyak berhenti di tengah-tengah jalan pada waktu yang jika aku teruskan, pasti lain takdir atau nasibnya. Ada sesetengah perkara itu, memang wajar aku berhenti separuh jalan, tetapi ada perkara yang aku rasa rugi tak dapat dicapai disebabkan aku choke (ini termasuklah hal-hal mengurat makwe).

Jadi, potensi sebenar diri tak dapat aku tunjukkan dengan betul dan sempurna. Lalu, ini yang selalu menyebabkan aku menjadi seorang yang boleh dikatakan underrated. Meskipun begitu, nasib baik jugalah ada bahagian dalam diri aku yang membuatkan aku serius untuk melakukan sesuatu perkara, umpamanya seperti kerja-kerja grafik melalui Adobe Photoshop di samping menulis di blog.

Apa sekalipun, aku rasa aku masih lagi ada peluang. Kalau kali ini aku tak choke dan lebih serius, insya-Allah aku boleh tersenyum kembali. Dah lama sebenarnya tak rasa benda-benda manis dalam hidup ini yang lebih enak daripada makanan dan minuman (harap-harap kamu faham apa yang aku maksudkan).

SEKIAN
2:12 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik