<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, October 3, 2011

Melankolik Di Malam Oktober

Kamu tahu tak, manusia apabila semakin meningkat hari (semakin berumur) akan semakin kurang melakukan apa yang dia minati sebelumnya. Contoh yang paling mudah untuk dilihat adalah blogging. Lalu, apabila dilihat kembali, puncanya mungkinlah boleh datang daripada sifat malas manusia itu sendiri.

Aku sebenarnya pun tengah melalui fasa ini di mana banyak entry yang aku simpan dulu sebagai draft. Bila waktu aku nak publish, itu aku sendiri tak pasti. Tetapi, untuk entry kali ini, aku paksalah juga diri sendiri untuk menulis (menaip rasanya lebih tepat).

Bukannya apa, dalam aku kebosanan tadi, aku menggeledahlah blog yang rasanya dah lama aku tak jenguk. Then, baru aku perasan bahawa banyak juga blog yang dah tak aktif. Contohnya, kamu boleh lihat pada pautan blog yang aku letak di sidebar kanan itu.

Adalah sedikit kecewa, kerana blog yang aku suka baca dah ditutup atau tak aktif lagi. Jadi, aku pun terfikir kenapa ia boleh jadi begitu. Akhirnya, aku lihat diri sendiri juga.

Kalau aku sendiri pun semakin kurang melakukan apa yang aku gemari sebelumnya, tak mustahil bloggers yang aku kagumi tersebut menghadapi benda sama. Mungkin juga, ada antara mereka yang apabila dah berkahwin semakin jarang mencumbui blog masing-masing. Namun, ini juga barangkali ada kaitan dengan peningkatan umur.

Sebelum ini, aku boleh dikatakan ‘kaki drama Jepun’. Tetapi entah, sejak akhir-akhir ini aku semakin kurang pula bermesra dengan drama-drama Jepun. Cuma yang bagusnya, series Barat macam Fringe, Supernatural dan sebagainya masih lagi aku layan.

Kemudian, apabila aku harus membuka blog baru, aku sebenarnya makin kabut. Agak susah sebenarnya kalau nak update kedua-dua blog. Walau bagaimanapun, aku ‘macam’ sedikit suka dengan keadaan seperti ini kerana ia akan membuatkan aku sentiasa berfikir.

Aku rasalah, ini mungkin sedikit sama dengan situasi orang yang baru berkahwin. Macam kebanyakan kawan aku yang dah berkeluarga, masa diorang dengan isteri masing-masing tentulah lebih banyak berbanding dengan aku. Jadi, banyak sebenarnya perkara yang biasa dilakukan ditinggalkan sedikit demi sedikit, seperti bermain bola sepak atau futsal.

Sementara itu, aku tumpang gembira dengan kawan-kawan yang dapat bergraduasi pada waktu yang dirancang. Diorang ini, seperti Sherah, Echa, Sharpex, Topex dan lain-lain lagi semakin pantas melebarkan sayap masing-masing. Aku pula, seperti biasa, selalu membuka pintu yang membawa aku ke jalan jauh walaupun ada pintu yang boleh menunjukkan jalan mudah.

Jadi pada akhirnya, blog juga menjadi tempat untuk berimaginasi dan mencari inspirasi hidup. Ya, nampak macam agak gampang kedengarannya. Takut, adalah perkara yang aku risaukan sekarang dan aku berharap ianya tak apa-apa.


Oh betapa rindunya aku pada sang Ramadhan!

SEKIAN
4:38 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik