<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, September 30, 2011

Aroma Minda

Sibuk bukan kerana benar-benar sibuk, tetapi aku tengah usahakan blog baru untuk kelas Penulisan Kreatif yang aku ambil semester ini. Jadi lepas ini, aku akan bergilir-gilir macam ada bini pula. Blog baru ini pula perlu lebih formal walaupun ianya berupa jurnal, maka bahasanya pun perlulah aku jaga.

Lagi, blog baru tersebut perlu bertemakan masakan dan makanan. Jadi, kerana itulah namanya Aroma Minda (whatever man, nampak sedap apa nama ini). Sungguhpun ianya bersifat jurnal, tetapi ia sebenarnya diharapkan boleh menjadi point kepada cerpen yang perlu juga aku buat untuk kelas tersebut.

Pada mulanya, aku rasa agak susah juga nak mencipta blog yang bertemakan makanan dan masakan. Namun, bak kata kawan aku Aran Crikwong (dia ini berketurunan Siam, jadi jangan salah faham), ia adalah cabaran. Maka, aku pun nak lihat sejauh mana bakat aku dalam bidang penulisan ini boleh diasah (selagi rajin, selagi hayat dikandung badan).

Untuk itu, ada banyak bahan bacaan yang perlu aku baca di mana sebelumnya tak pernah pun aku tahu. Dalam hal ini, bahan bacaan tersebut banyak berupa novel yang tinggi nilai sasteranya (bahan bacaan aku banyak yang roman kodian). Sebagai contoh, rujukan aku termasuklah karya sasterawan-sasterawan negara seperti Anwar Ridhwan dan A. Samad Said.

Sementara itu, aku ada juga mengambil kursus fotografi sebagai subjek pilihan bebas buat memenuhi minimum kredit yang perlu diambil setiap semester. Well, ianya sangat menarik walaupun banyak juga teorinya dah aku tahu melalui pembacaan aku sebelum ini lagi. Tetapi, sebagai pelajar, kita tak boleh andaikan yang kita dah tahu semua.

Jadi cerita lainnya, seperti biasa kalau dah nama pun kelas fotografi, mestilah ada 'entiti-entiti' yang mahu mencari perhatian. Disebabkan fotografi ini sekarang banyak berkait rapat dengan dunia pop, maka semakin ramai mahu menceburinya meskipun ada segelintir yang hanyalah posers semata-mata. Ah lantaklah, itu kemahuan diorang, bukan keperluan aku pun.

Dari sisi yang positif, aku suka kelas ini kerana dah tentu ramai makwe comel. Adalah dalam dua atau tiga orang gadis yang buat aku tertarik nak kenal. Tetapi, gadis-gadis cantik macam itu memang membuatkan aku rasa rendah diri untuk tegur (kalau senyum tak tahulah macam mana).

Kesimpulannya, aku rasa semester ini mungkin boleh menjadi semester yang paling menarik bagi aku. Ia adalah yang terakhir aku di UKM sebelum aku melakukan Latihan Industri (LI) semester hadapan. Jadi, ada baiknya kalau aku enjoy sahaja life aku sekarang yang sangatlah minimalis.

SEKIAN
1:41 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

boleh saya tahu course apa awk amik kat UKM? sounds so cool lah. belajar tu belajar ni. menarik!

10/18/2011 5:30 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: actually, saya budak ekonomi. tapi Penulisan Kreatif and Bentuk2 Penulisan + Fotografi hanya subjek pilihan bebas. elektif la senang cerita. saja je amik 3 subjek ni, sebab minat kan. :)

10/18/2011 5:45 PM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

ada ek elektif yg mcmtu.. menarik =)

10/19/2011 12:46 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: ada. :)

10/19/2011 2:49 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik