<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, September 17, 2011

Sweet Saturday

Tengah-tengah tweet, kena limit. Benci betul aku, sepatutnya Twitter beri lebih kebebasan kepada penggunanya. Kalau ada limit, buat aku malas nak tweet banyak-banyak.

Jadi, tak pasal-pasal blog jadi mangsa kerakusan luahan perasaan. Well, sebenarnya aku nak menjadikan blog ini tempat yang serius. Cewah, seriuslah sangat kan?

Tahu tak, sini tengah sejuk. Walaupun aku tak tahu macam mana rasa sejuk dekat negara-negara empat musim itu, tetapi sini tetap sejuk. Aku suka, sebab waktu inilah datangnya nikmat minum kopi atau teh, dan sambil-sambil itu, tweet dekat Twitter.

Dalam dunia Twitter, Faliq Fahmie tiba-tiba menjadi trending topic. Cayalah bro, bukan senang orang nak recognize orang-orang kebiasaan. Aku dah kenal brader ini sebelum Twitter lagi (tentulah melalui blog sebab dia memang blogger pun), itu pasal aku letak link blog dia dekat blog aku sebab aku suka baca blog dia.

Disebabkan aku pun saja nak menyakat Fatin Razali, aku pun sengaja main hashtag letak nama #Patenisme. Ingatkan dia marah mula-mula, tetapi tak, jadi aku pun teruslah menyakat dia. Serius, main hashtag dekat Twitter memang seronok.

Selain itu, aku ambil masa baca blog, news, info-info menarik dan yang paling aku suka adalah usha-usha gambar fotografi. Seperti biasa, DeviantArt adalah sumber utama aku. Oh dan paling tak sangka, adalah beberapa karya aku menjadi kesukaan orang lain (serius, aku terharu!).

Dan kini, aku sedang mendengar lagu Mana Oh Mana oleh Aizat Amdan. Damn, aku dah boleh bayangkan sendiri macam mana video ini. Watak utama menyanyi dengan penuh perasaan sambil memandang kamera, dan yang paling penting, mesti ada babak berlari.

Kalaulah dan kalaulah aku ada kawan-kawan yang gila (dah ada pun) yang sudi nak buat benda gila, contoh macam buat video, dah lama aku buat. Tetapi sebenarnya boleh, cuma masalahnya di sini adalah kamera. Aku teringin nak shoot satu video suka-suka, dan lagu Aizat Amdan tersebut sangatlah sesuai memandangkan dia pun belum buat official video lagi.

Alright, kalau dah kena limit macam ini, nak tak nak kenalah aku buat benda lain. Untuk minggu ini, aku nak set betul-betul pasukan impian aku dalam fantasy football. Nak dapatkan hadiah wang tunai memanglah susah, tetapi tak mustahil kan?

Dan akhir sekali, aku juga berdebar-debar menantikan perlawanan malam esok antara Syaitan Merah dan Chelsea. Aku harap kalau Chelsea tak mampu menang pun, seri dah memadai. Apa barang kena belasah macam Arsenal, sengal betul!

____________________


SEKIAN
5:00 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

sebagai menandakan solidariti Selatan London dan solidariti anti-MU, aku akan akan menyokong Chelsea esok. Chelsea! Chelsea!

9/17/2011 1:08 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Irshadim: kita tak boleh membiarkan persatuan bola sepak manchester-manchester seluruh dunia bermaharaja lela. cukuplah arsenal dijadikan mangsa

9/17/2011 2:00 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik