<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, September 15, 2011

Apa Cerita?

Aku sebenarnya cukup bengang apabila Astro membuang Channel [V] daripada senarai saluran mereka. Bagi aku, saluran tersebut banyak memaparkan muzik alternatif yang ‘sihat untuk minda’. Kalau saluran MTV, di sini banyak sampah macam Lady Gaga.

Bagaimanapun, sesampah-sampah MTV, diorang ada juga satu segmen yang aku suka iaitu Nu-School yang banyak memaparkan muzik alternatif. Mujur juga waktu rehat separuh masa Liga Juara-Juara Eropah tadi aku tertukar ke saluran MTV, jadi dapatlah aku kenali satu band baru dari London iaitu Tribes. Nampak gayanya, gelombang kebangkitan semula muzik rock British dah mula kelihatan.

Tadi, MTV memainkan lagu daripada single terbaru Tribes yang bertajuk Sappho. Pada mulanya aku nak tukar ke saluran lain, tetapi apabila lagu ini mula kedengaran, aku terus menontonnya sampai habis. Jadi, lagu yang boleh masuk ke dalam telinga aku, dah semestinya aku mahu simpan dan download.

Oleh itu, kalau korang penggemar muzik rock alternatif, indie, dan sewaktu dengannya, bolehlah cuba mendengar lagu-lagu daripada EP pertama mereka yang bertajuk We Were Children dan juga single baru bertajuk Sappho. Kalau boleh kita dengar pelbagai variasi muzik lagi bagus. Nanti, tak adalah asyik ‘dibomoh’ dengan muzik pop acuan MTV saja semata-mata.

____________________


SEMENTARA ITU


Aku seboleh-bolehnya malas nak bercerita tentang perihal raya dekat blog. Ia sangat peribadi dan tak perlu rasanya aku paparkan di sini. Jadi ya, tiada paparan kisah raya untuk pembaca blog ini.

Jadi, apa lagi yang baru? Selama beberapa hari atau minggu aku berhenti menulis, aku sebenarnya banyak memerhatikan orang lain punya cerita. Dekat Twitter, macam-macam perkara boleh diketahui dengan cepat.

Daripada kenalan Twitter aku, Syamira Ismail, maka aku stalked blog kepunyaan Shida Davis. Aku suka baca blog dia, nampak kemas dan menarik. Lagipun, dia cantik ma, jadi aku pun ushalah blog dia lama-lama.

Then, aku ada borak-borak dengan Khaleeqa tentang hal-hal dewasa, seperti kahwin. Adalah normal apabila orang bertanya bila turn aku nak berkahwin. Jadi jawapan aku, kalau rezeki aku banyak dalam masa terdekat ini maka lekaslah turn aku pula.

Buat masa ini, banyak perancangan aku terjejas. Pengajian di universiti pun belum habis, karier belum ada, dan oleh itu, harta pun belum sempat dikumpulkan untuk menjalankan apa yang aku dah plan. Justeru, aku pun hadapi sajalah keadaan sekarang dengan slow and steady bak kata orang-orang putih.

Sepatutnya, minggu ini aku dah ada dekat UKM. Tetapi, memandangkan kolej lama aku dah menendang aku dan keputusan rayuan akan keluar Isnin depan, maka aku pun duduk saja di rumah dulu. Lagipun, aku cuma tinggal tesis untuk disiapkan dan tengah berfikir nak mengambil dua atau tiga subjek pilihan bebas (mana boleh bagi UKM duit pengajian free macam itu saja).

Jadi pada akhirnya, aku masih di sini, di Johor Bahru. Bingung sebenarnya, sambil-sambil itu, aku layankan saja apa benda yang nak berlaku pada aku dalam masa terdekat. Jarang-jarang aku rasa macam ini, tak banyak benda nak aku kata pada kawan-kawan terdekat ataupun keluarga.

Oleh itu, sepanjang masa aku banyak membuat hal sendiri. Itu pasal, aku habiskan duit aku beli graphic card untuk main game, dan download banyak lagu untuk dilayan seorang diri. Damn, this is so not me, dan hari ini hari Khamis, jadi apa nak buat?

____________________


SEKIAN
6:57 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

alang2 ko tak dapat kolej, ko ulang-alik je dari JB ke UKM. by the way, tahun depan ko ada kat UKM lagi tak?

9/15/2011 8:57 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Irshadim: ada lagi la kot.

9/15/2011 3:00 PM

 

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

lepak rumah sewa aku kalau ko nak. nak tengok2 dulu pun boleh gak

9/16/2011 12:41 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Irshadim: main futsal jom sana

9/16/2011 2:01 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik