<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, September 2, 2011

#NowWatching: Kanjani8 - Tsubusa Ni Koi

Aku bukanlah peminat boy band macam Backstreet Boys atau Westlife itu semua (walaupun masa awal remaja dulu aku pernah layan), tetapi ada sedikit pengecualian buat boy band dari Jepun. Bagi aku, pop mereka atau lebih dikenali sebagai J-Pop mempunyai sesuatu yang unik atau faktor penarik. Contoh semasa, aku sedang berulang-ulang kali memainkan video Tsubusa ni Koi oleh Kanjani8 walaupun aku bukan penggemar boy band khususnya mereka tersebut.

Aku rasa, antara sebab utama lagu-lagu pop Jepun ini buat aku suka adalah melodi dan liriknya itu selain daripada video muziknya sendiri. Semenjak aku mengenali muzik Jepun, aku jatuh cinta dengan lagu-lagu dan videonya. Bagi aku, kebanyakan mereka ini kreatif.

Seperti video di atas, aku suka tengok bagaimana shot atau angle video ini diambil, sangat cantik. Apa yang paling aku suka di sini adalah tone warnanya itu yang disesuaikan dengan tempat video tersebut dibuat. Ia kelihatan klasik, ditambah pula dengan suit setiap anggotanya yang berlainan warna yang menambahkan lagi mood untuk terus menonton video ini sampai habis.

Lagu ini sebenarnya mula-mula aku dengar ketika ia dimainkan pada akhir setiap episod drama Zenkai Girl lakonan seorang anggota Kanjani8 sendiri (Ryo Nishikido) dan semestinya, aktres kegemaran aku iaitu Yui Aragaki (atau nicknamenya Gakky). Ia secara ringkas dan mudahnya bertemakan cinta.

Kalau nak diikutkan, aku nak menulis tentang sedikit sinopsis setiap episod drama ini. Tetapi, aku takut ada peminat drama Jepun yang membacanya hilang mood nak menonton drama ini disebabkan sedikit spoiler yang aku letakkan. Jadi, nampak gayanya aku terpaksalah membatalkan niat asal aku tersebut.

Berbalik kepada video di atas, aku suka dengan liriknya. Ia sedikit sebanyak pernah, sedang dan mungkin sekali lagi akan dialami aku. Contoh liriknya berbunyi seperti berikut: Tsubusa ni koi umaku iezuni (Again and again I can’t speak properly about my love).

Oleh kerana itu, aku pun download single lagu ini beserta videonya sekali. Jadi, bolehlah aku sambung tengok video atau dengar lagu ini berulang-ulang kali tanpa perlu online. Bukannya apa, internet connection dekat rumah aku ini memanglah tersangat lembab macam siput.

Akhir kata, jika korang nak cuba layan J-Pop, silalah tanya aku. Aku ada banyak koleksi album dan video Jepun (diorang panggil promotional video atau PV) merangkumi pop, rock, ska punk, ska dan sebagainya. Sebagai permulaan, cubalah pergi website DailyMotion dan tengok sendiri video Kanjani8 bertajuk Tsubusa ni Koi ini.


SEKIAN
5:55 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger Naz ( ナズ ) berpendapat bahawa:

Akhirnya.. Jumpa juga diriku dengan seorang lagi peminat J-Pop. susah zaman sekarang ni. semua K-Pop.

9/03/2011 11:23 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

Aku memang fan j-pop dari remaja. hehe Btw, memang susah nak jumpa lelaki minat J-pop, apatah lagi la K-Pop. tapi secara jujurnya, aku tak suka K-Pop.

9/05/2011 9:15 AM

 

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

Kanjani 8 Saikoooooooooooo!! <33 XD

9/08/2011 1:53 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@AnnMoee: saikooo!

9/15/2011 6:01 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik