<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, August 5, 2011

Switched At Birth

Rasanyalah, aku dah tak ingat bila kali terakhir aku menonton siri TV Amerika yang berorientasikan keluarga. Nak kata siri The O.C. pun, ianya bukanlah 100% bertemakan keluarga (tetapi bolehlah dikategorikan sedikit dalam genre keluarga). Siri-siri lain kebanyakannya adalah berorientasikan sains fiksyen, fantasi, supernatural, undang-undang, komedi, aksi dan sebagainya.

Baru-baru ini, aku cuba download episod pertama satu siri baru iaitu Switched At Birth (SAB) kerana tertarik dengan plot ceritanya. Ia ternyata sesuatu yang berbaloi kerana aku sangat menyukai siri ini. Kemudian aku tak teragak-agak untuk download kesemua episodnya sehingga yang paling baru.

Aku baca review tentang siri ini dekat Wikipedia dan website lain untuk mengetahui apa yang mereka fikirkan. Rupa-rupanya mereka memberikan komen serta respons yang positif untuk siri ini lebih-lebih lagi terhadap watak-watak utamanya yang dipegang oleh pelakon-pelakon yang bagus (terdapat beberapa orang pelakon yang realitinya memang kurang upaya atau pekak). Disebabkan itu, aku menonton kesemua episodnya dalam masa yang singkat kerana rasa teruja dan rasa ingin tahu tentang perjalanan plot ceritanya yang menarik.

Sedikit sebanyak sinopsis cerita ini dah aku paparkan melalui gambar di atas. Aku jamin, cerita ini memang sangat menarik. Apa yang lebih penting, ia telah membuatkan hati aku benar-benar tersentuh (biasanya drama Jepun saja yang hebat bermain dengan emosi dalam situasi keluarga ini).

Aku sebenarnya sangat tersentuh hati dengan bagaimana Daphne lakonan Katie Leclerc (realitinya sedikit pekak akibat penyakit yang dialaminya) menjalani hidupnya. Ia mendedahkan kita kepada situasi sebenar yang dihadapi oleh golongan kurang upaya yang sering menerima persepsi negatif masyarakat. Di sini, SAB menunjukkan bagaimana Daphne menghadapi kesukaran menjalani hidup namun dalam masa yang sama sangat tabah di samping dibantu oleh ibunya (bukan ibu kandung) yang sangat supportive itu.

Kalau diberi pilihan di antara Daphne dan Bay (lakonan Vanessa Marano), aku akan memilih Daphne. Ini bukan atas faktor simpati, tetapi ia benar-benar lebih kepada apa yang orang sifatkan sebagai kasih sayang. Setiap kali aku melihat babak dia menghadapi kesukaran, aku akan seperti: “I want to hug that girl!”.

Apa yang bagusnya siri ini adalah ia sedikit sebanyak mengajar kita tentang bahasa isyarat sebagai bahasa komunikasi. Aku rasa di Malaysia, sistem pendidikan kita di sekolah-sekolah kebangsaan tak mewajibkan atau mempunyai bahasa isyarat. Ini sesuatu yang menyedihkan jika dibandingkan dengan negara-negara Barat yang lebih prihatin.

Bukannya apa, kita perlu bersedia bila-bila masa saja kerana mungkin kita sendiri nanti boleh hilang daya upaya untuk bercakap, selain daripada kebarangkalian keluarga kita sendiri mengalaminya. Oleh itu, aku memuji penerbit siri ini yang mengetengahkan bahasa isyarat dalam hampir keseluruhan babaknya. Lebih menarik, emosi yang ditunjukkan melalui bahasa isyarat ini dah memadai untuk kita memahaminya dan tersentuh hati.

Selain itu, kita ditunjukkan dengan perbezaan persekitaran strata masyarakat Amerika di antara yang kaya dan yang sederhana atau miskin. Persekitaran ini menguatkan lagi pembentukan setiap karakter dalam siri ini. Kita boleh melihat Daphne yang sentiasa tenang, dan kita juga boleh melihat Bay yang sentiasa memberontak hasil daripada pengaruh persekitaran mereka.

Jadi kesimpulannya, untuk siri ini, aku boleh memberikan rating sebanyak 4/5 bintang. Plot ceritanya teratur, dan setiap karakternya mempunyai kekuatan tersendiri. Apa yang lebih penting, ia banyak mengajar kita tentang kehidupan daripada perspektif yang berbeza iaitu dunia orang kurang upaya.

SEKIAN
11:32 PM
5 KATA HATI
[ 5 ] PENDAPAT

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

seriously, i envy you for the editing knowledge. :')

8/06/2011 4:59 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@s a r e e z a: Adobe Photoshop? perlu banyak practices je.. :)

8/06/2011 5:41 AM

 

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

Jalan cerita saling tak tumpah seperti drama Korea - Autumn In My Heart (2005) (:

8/06/2011 10:57 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Khaleeqa Idrus: actually, bila saya baca kat Wikipedia, persamaannya hanya pada permulaan cerita di mana bayi tertukar akibat kesilapan pihak hospital. lain-lain, tak sama.

8/06/2011 11:40 AM

 

Blogger Raz berpendapat bahawa:

seronok! saya pon download cite ni! :)

12/27/2011 5:49 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik