<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, August 4, 2011

7 Persoalan Perempuan

Untuk tazkirah kali ini (cewah tazkirah konon), aku nak kongsi tentang persoalan-persoalan daripada makhluk Tuhan paling cantik yang sering muncul. Harap maklum, aku tak tahu siapa orang asal yang mengulas tentang perkara ini. Aku di sini cuma mahu berkongsi satu artikel yang menarik mengikut gaya aku sendiri seboleh mungkin (dengan sedikit ubah suaian).

Jadi secara umumnya, kita sering mendengar keluhan-keluhan yang muncul akibat rasa tidak puas hati. Ini kerana kita tak mengerti dan memahami kenapa ianya begitu lantas kita sering mempersoalkannya. Untuk itu, mari lihat bagaimana seorang lelaki beriman (mengikut artikel asal) menjawab persoalan-persoalan seperti dalam gambar di atas.

____________________


Persoalan 1

Sebenarnya Islamlah yang menjaga dan mengangkat maruah wanita. Biasanya, benda yang mahal dan berharga akan dijaga serta disimpan di tempat yang terbaik dan terselamat. Jadi jika awak mempunyai emas dan permata, adakah awak mahu mendedahkan atau meletakkannya di laluan yang mudah dilihat orang ramai atau menyimpannya di rumah agar ianya tidak ‘dinodai’?

Lelaki, yang utama auratnya hanyalah bawah pusat sehingga ke lutut tetapi saya tidak dapat melihat kulit awak pun kecuali muka dan tapak tangan. Awak tak mungkin akan terangsang nafsu apabila melihat saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Namun sebaliknya, bukan saya saja, tok imam pun akan tercabut serbannya jika melihat awak hanya memakai seluar pendek.


Persoalan 2

Sebenarnya suami perlu juga wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, di mana taatnya hanya pada suami saja. Kerana apa, kerana suami awaklah yang menanggung dosa yang awak lakukan (secara sedar atau tidak).


Persoalan 3

Walaupun jika dilihat secara kasar awak mendapat bahagian yang sedikit berbanding lelaki tetapi sebenarnya pusaka yang awak perolehi itu adalah milik awak semata-mata dan ia tidak perlu dikongsi dengan pihak lain. Sebaliknya, lelaki dibebani dengan tanggungjawab kewangan yang banyak di mana dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Justeru wajarlah mereka mendapat bahagian pusaka yang lebih berbanding wanita.


Persoalan 4

Awak sebenarnya beruntung sebab awak dapat mengandung dan melahirkan anak kerana setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Andai kata awak meninggal dunia pula semasa beranak itu, percayalah bahawa ia adalah mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun awak sihat sampai ke tua.


Persoalan 5

Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat kepada suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Alangkah beruntungnya awak.


Persoalan 6

Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat jenis wanita iaitu isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Awak nanti di akhirat, sebaliknya akan dibantu oleh empat lelaki iaitu suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak. Disebabkan tanggungjawab yang berat itulah maka hak menjatuhkan talak diberikan kepada lelaki.


Persoalan 7

Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai dengan hanya empat cara. Ia adalah solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami awak.

SEKIAN
6:15 AM
13 KATA HATI
[ 13 ] PENDAPAT

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

Ya Allah. Kalau lah semua orang pun post tazkirah di blog. Indahnya dunia. Semoga Allah memberkati awak dengan post sebegini. Amin.

8/04/2011 7:01 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@s a r e e z a: ni satu tazkirah yang menarik. saya tak tau sape asalnya yang punya ulasan. kalau ada, sila bagi tau ya. boleh saya kreditkan kepadanya.

8/04/2011 7:03 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

terimakasih encik :)

8/04/2011 9:07 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@my only closet: sama-sama :)

8/04/2011 9:12 AM

 

Blogger Unknown berpendapat bahawa:

Alhamdulillah, thanks for sharing. I love this entry.

8/04/2011 11:41 AM

 

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

tazkirah macam ni yang menarik dibaca. tambah-tambah lagi ada hana tajima sebagai gambar hiasan. heheh.

8/04/2011 12:22 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@AyuCandy: you're welcome.

@Irshadim: ingat lepas ni nak minang Hana Tajima la. LOL

8/04/2011 12:32 PM

 

Blogger HaMiZah berpendapat bahawa:

TERBAIKKK!! =)

8/04/2011 1:44 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@HaMiZah: alhamdulillah. :)

8/04/2011 4:29 PM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

emila nk copy and put upon my blog . love it :D

8/06/2011 3:39 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@babyemila: silakan, my pleasure. :)

8/06/2011 3:47 AM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

thankssss :D iloveyou lahhhh <3 and your blog (!)

8/07/2011 12:13 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@babyemila: thank you. :)

8/07/2011 6:12 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik